CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Arwah Mejar Aziz Kecewa, Dakwa Filem Malbatt Bukan 90% Cerita Sebenar?

16-8-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13183| Komen: 63

Anak kepada anggota tentera Ketua Kompena A Malbatt Allahyarham Mejar Aziz Abd Latif terkilan dan mendakwa filem Malbatt Misi Bakara yang menceritakan tentang peristiwa bersejarah operasi khas pada malam 3 Oktober 1993 bukanlah 90 peratus tepat seperti dikatakan pengarah, Adrian Teh.


Di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Fatini itu menceritakan saat awal Adrian bertemu bapanya untuk bertanya tentang pengalaman ketika berada di Mogadishu, Somalia.

Foto: XTRA

“Lima tahun lalu bila Adrian Teh datang untuk interview arwah ayah untuk pertama kali, dia (Mejar Aziz) sangat teruja untuk berkongsi pengalaman.

“Semasa soft launching beberapa tahun lalu, kami diberitahu Mejar Adnan akan membawa watak ayah, Mejar Aziz.

“Kali terakhir ayah pergi pelancaran misi Malbatt pada 10 September 2022, ayah meninggal pada 12 September 2022. Masa tu Papa sempat tengok trailer saja, movie belum siap edit,” katanya.


Jelasnya, dia kecewa apabila pengalaman sebenar bapanya ketika menjalankan misi operasi khas Malbatt tersebut dilakonkan oleh watak tentera lain.


Kredit:XTRA

Menurutnya, nama bapanya Mejar Aziz hanya disebut dan dipertengahkan hanya sebanyak 20 peratus.

“Malam gala Misi Malbatt, saya duduk depan pelakon Bront Palarae yang memegang watak sebagai Mejar Adnan (nama lain bagi Mejar Aziz) dalam filem Malbatt.

“Pada malam tu dia (Bront) beritahu saya terpaksa tukar watak di saat akhir, Bront tak lagi membawa watak.

“Semasa saya dan ibu tonton filem Malbatt, saya dan ibu terus tersedar ‘ini scene papa’.

“Kebanyakannya scene dalam filem itu pengalaman arwah papa tetapi orang lain yang melakonkan scene tu, bukan Mejar Aziz.

“Papa tak berpeluang tengok filem ni. Kalau arwah masih ada dan tengok filem ni, apa perasaan dia? Mungkin ni lah hikmah Allah jemput dia sebelum filem keluar.

“Dalam 20 peratus saja penglibatan Mejar Aziz dalam filem ni. Biarlah Untold Story ni akan terus menjadi untold story,” dakwanya dalam video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, Fatini membalas komen netizen yang berkata ini adalah perkara biasa dimana kisah sebenar hanya diinspirasikan.

Jawab Fatini, dia kesal apabila pengalaman bapanya menjadi ‘highlight’ tentera lain.

“Tak harap 100 peratus tepat. Selamatkan wartawan CNN di awal filem itu sepatutnya arwah ayah saya tapi pelakon lain yang lakonkan. Bila tanya cakap fiksyen.

“Jangan ambil pengalaman ayah saya utk highlight aktor lain. Ambil scene aktor itu sendiri,” tulisnya.

Bagaimanapun, video tersebut telah pun dipadam.

Sehingga kini, tiada respons daripada pihak Adrian sendiri berhubung dakwaan tersebut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 16-8-2023 06:35 PM
Apa kata kau buat je production house sendiri dek, pastu buat dokumentari.

Quote Tapayana 16-8-2023 09:15 PM
nama pun filem aksi thriller bukan autobiography/war drama film. jangan harap la nak 90% sama mcm kisah bapak awak. nak puaskan hati keluar la bajet sendiri. even yaakob saksi hidup dlm leftenan adnan tu pun cuma watak pembantu. apatah lagi yusof rono dalam bukit kepong
Quote mawardia 16-8-2023 10:16 PM
Nama pun filem dik. Tolong la jgn emo.
Quote Suchi 16-8-2023 10:46 PM
Kalau nak cerita pasal ayah dia je maka pilem ni akan berjudul Mejar Aziz dik
Quote EncikRhoma 17-8-2023 12:52 AM
Pegi mampos la kau dik. Dah nama pun karya fiksyen. Lain la kalau kau buat dokumentari
Quote TerataiMelur02 17-8-2023 02:07 AM
Kekrul memang takleh tinggal ek?
Quote rosedemon 17-8-2023 09:08 AM
TerataiMelur02: Kekrul memang takleh tinggal ek?


biyefyefff dekkk.  comolot gitu. kalau x amek boleh putus shbat kekdahnya

Quote rose_weedy 17-8-2023 09:21 AM
aku dh tgk. ermmletak pelakon semua hebat2. tp watak bront mmg tidak dihighlightkan sgt pun. mcm xguna bront dengan betul. macam tu jugak dengan zahiril. remy langsung xda dalam filem ni. mujur filem ni ada sam. tp oklah xdalah sendu sgt
Quote mamajawie 17-8-2023 10:33 AM
semak tgok kekrollongkang ni..tapi semak tgok fatini gak ni
Quote prettyuglybabe 17-8-2023 10:46 AM
nama pun filem dek..
kalau nak 100% tepat tu, dah jadi biografi..
and filem ni bukan berkisar pasal bapak dia tapi kumpulan sojar malaysia..
Quote heythere123 17-8-2023 10:47 AM
sori but hitam iols rasa budak ni mesti nak ride on the name of watak mejar adnan tu. Sebab tu merentan bila scene mejar adnan sikit. #donepitenah
Quote She-Ra 17-8-2023 11:00 AM
rose_weedy replied at 17-8-2023 09:21 AM
aku dh tgk. ermmletak pelakon semua hebat2. tp watak bront mmg tidak dihighlightkan sgt pun. mcm xgu ...

baru terperasan gambar atas ada remy belah kiri sekali kan
tiba2 takde dlm movie ekk.. digugurkan kah atau apakah? tiba keluar tajuk hihihiii

iols duk layan youtube kisah bakara ni.. puas dgr...
Quote puanserama 17-8-2023 11:17 AM
alah2 adik ni ponnnnnnnnnnn
Quote prince_marhaen 17-8-2023 11:42 AM
meols cadang nak tonton, ingatkan Bront lead.... namun tetap kekrul di mana-mana...ada pulak dafi ponen anak papa... huhuhuhuhuhuuhu...
Quote Belibis 17-8-2023 11:47 AM
Tapayana replied at 16-8-2023 09:15 PM
nama pun filem aksi thriller bukan autobiography/war drama film. jangan harap la nak 90% sama mcm ki ...

Begitu la namanya filem..macam movie 'kanang anak langkau'..guna anak kanang jadi hero..mana la nak letup cerita..sah2 penonton nak hero yang popular.
Quote Belibis 17-8-2023 11:49 AM
rose_weedy replied at 17-8-2023 09:21 AM
aku dh tgk. ermmletak pelakon semua hebat2. tp watak bront mmg tidak dihighlightkan sgt pun. mcm xgu ...

Mana best dengan black hawk down??
Quote kucingitam 17-8-2023 12:25 PM
tak paham...watak mejar aziz tak dilakonkan oleh mejar aziz? kan kata watak tu dilakonkan oleh bront yg tukar nama guna nama mejar adnan. eh tam pamham akum..
Quote cmf_PariS 17-8-2023 12:48 PM
my fil pun ada during that mission.. tgh lepak minum kopi kt base katanya.. tau2 dh settle.. haha long live Colonel!
Quote sleepandream 17-8-2023 01:31 PM
kalau tgk cite omputih based on true story pun byk je tak sama dgn sejarah... sebab nak letakkan unsur2 dramatik... tak caya tanya tom hanks...

pilem mat kilau pun bahasa moden pakai korang2 lagik

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067162 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top