CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Terpalit Isu Keganasan Rumah Tangga, Rizky Billar Nafi Diboikot

16-8-2023 05:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2387| Komen: 4

Pengacara dan pelakon sensasi, Rizky Billar menafikan namanya telah disenarai hitam oleh pihak stesen televisyen (TV) gara-gara isu keganasan rumah tangga yang dilaluinya.

Rizky berkata, dia sudah muncul sebagai tetamu dalam beberapa program televisyen bersama isterinya, Lesti Kejora.



“Ya, saya sudah sedia untuk kembali aktif dalam televisyen. Berita tentang saya disenarai hitam Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) adalah tidak benar.

“Saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah diboikot pihak televisyen,” ujarnya.

Menurut Rizky, pihak televisyen memilih untuk merehatkan dirinya buat sementara sahaja sehingga isu rumah tangga tersebut reda.

“Hanya ketika isu itu sahaja mereka tidak mahu saya muncul buat sementara. Tapi dua bulan selepas kes itu saya terima banyak tawaran untuk muncul semula dalam televisyen.

“Cuma saya sahaja belum sedia. Sekarang saya sudah berasa yakin dan mental juga sudah siap untuk kembali aktif,” ujarnya.


Untuk rekod, Rizky ditahan sebagai tertuduh dalam kes keganasan rumah tangga berdasarkan laporan yang dibuat isterinya, Lesti Kejora pada Oktober tahun lalu. Tidak lama kemudian, mereka memilih untuk kembali bersama.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-8-2023 06:05 PM
Muka encem TP kaki pukul pon tagune
Quote BoongaKertas 17-8-2023 08:26 AM
algorithm ig meols sekarang dok tyg heols & lesty tu dgn anak depa. nampak loving mamat ni as a father tp entahlah, iols still xleh nak husnuzon ngn heols.
Quote laicibiru 20-8-2023 04:30 PM
gila tak tahu malu mamat ni
Quote laicibiru 20-8-2023 04:30 PM
gila lagi kalau ada yang masih support kerjaya dia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.091567 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top