CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nam Ron Lebih Suka Lakon Watak Antagonis, Lebih Bebas

16-8-2023 05:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1646| Komen: 0

Pelakon berpengalaman, Nam Ron mengakui lebih gemar melakonkan watak antagonis namun lebih banyak diberikan watak baik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, watak Pak Ku yang dijayakan menerysi filem Walid memberikan peluang buat Nam Ron melepaskan rindu terhadap karakter 'hitam'. 



"Saya suka bawa watak Pak Ku sebab agak lama tidak bawa watak jahat. Sebenarnya, saya suka bawa watak antagonis, tetapi banyak diberikan watak baik sejak kebelakangan ini.

"Jadi, apabila diberi peluang kembali menggalas watak antagonis, ia sangat menarik untuk dijayakan. Seingat saya, memang sudah lama tak bawa watak seperti ini.

"Kalau lihat dalam filem terdahulu seperti Geran, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Roh semuanya watak baik. Boleh kata, ini juga menjadi pengubat rindu saya terhadap watak antagonis," katanya ketika ditemui BH Online pada sesi fotografi pelakon filem Walid di Studio NSTP, Balai Berita, kelmarin.


Mengulas minatnya terhadap watak antagonis, penerima trofi Pelakon Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-29 itu berkata, ia adalah satu tugasan menyeronokkan kerana lebih bebas.


"Bagi saya, watak jahat seronok dibawa sebab lebih bebas dari segi percakapan, pembawakan diri, kelakuan dan sebagainya.

"Selain itu, watak jahat lebih bebas berbanding watak baik kerana tidak terlalu terikat dengan adab, cara bercakap dan banyak lagi. Jadi, boleh dikatakan watak jahat ini lebih seronok.

"Walaupun saya suka bawa watak jahat, tetapi kebanyakan trofi anugerah diterima menerusi watak baik dalam drama atau filem.

"Belum pernah lagi saya menang menerusi dengan watak jahat," kata Nam Ron yang juga aktif dalam bidang pengarahan filem.

Mengulas kejayaan filem Walid yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), aktor kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, ia adalah satu perkembangan positif terhadap industri filem tempatan.

"Saya rasa ini satu perkembangan yang baik walaupun ada juga orang yang memandang rendah. Ada komen sinikal mengenai penayangan filem Walid di New York dan Los Angeles.

"Ada yang mempersoalkan sambutan diterima, tetapi saya rasa itu bukanlah isunya. Kalau lihat, kita sendiri yang menerima jemputan menayangkan filem Walid, jadi ia juga satu kejayaan besar," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.111896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top