CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haji Zul Ariffin Tolak Berlakon Adegan Berpelukan & Seksi, Fadzil Teh Anggap Teguran Buat Diri Tak Terbit Jalan Cerita 'Seksi'

16-8-2023 04:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4147| Komen: 23

Produser drama Zeel Production, Fadzil Teh mendedahkah aktor terkenal Zul Ariffin yang sudah mengerjakan rukun Islam kelima tidak lagi menerima apa-apa tawaran yang berkehendakkan dia berpelukan dengan bukan mahram serta melakukan adegan seksi.


Katanya, beberapa hari lalu, dia ada berurusan dengan Zul untuk menawarkan watak sebuah drama aktor itu.


"Beberapa hari lalu saya bersembang dengan pelakon Zul, tawarkan dia watak untuk drama bersiri baru.

"Kata Zul dia masih berlakon tetapi tidak mahu watak seksi atau berpelukan. Saya beritahu untuk dia terima watak ini kerana tiada babak 'gomol' perempuan.

"Dia minta maaf kerana tidak mahu lagi terlibat dalam cerita sebegitu," katanya.

Bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Zul itu, Fadzil turut menghubungi stesen televisyen terlibat untuk meminta agar membuang adegan-adegan keterlaluan yang dirasakan tidak perlu.


"Saya terus hubungi orang kuat TV, maklumkan kami buang babak yang agak seksi. Mereka setuju," ujarnya.

Sementara itu Fadzil juga melihat keputusan Zul itu sebagai satu peringatan buatnya untuk tidak lagi menerbitkan drama yang mengandungi unsur keterlaluan atau tidak senonoh.

"Saya terfikir dan malu pada diri sendiri. Saya pernah berjanji tak mahu terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya.

"Tapi saya sendiri lalai dan lemah dalam dunia glamor ini. Terima kasih Haji Zul Ariffin," ujarnya.

Pihak mStar cuba mendapatkan komen balas Zul namun dimaklumkan pelakon itu masih berada di luar negara.

Zul berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 10 Jun lalu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-8-2023 04:39 PM
mak hayam ni pun propa gak...sama cam pengarah filem yang ada aksi panas gesel2 macam filem haron ajis ngan maya karin tu... pengarah2 ala-ala art, tapi tetap ada aksi gesel2.. hero ngan heroin pun ikutkan sebab 'kerja'..... gitteww..
Quote OshinDaSolja 16-8-2023 05:05 PM
ok la tu semoga ada keberkatan dlam mencari rezeki... yg penting Haji Zul kena terus istiqomah dan jgn dah blik Malaysia nnt terpengaruh pulak dgn budaya2 tak sihat di KL tu...
Quote lanacondor 16-8-2023 05:25 PM
Semoga istiqomah semua
Quote duquesne 16-8-2023 05:45 PM
Berenti berlakon terus la.. tukar karier jadi peniaga ke..
Quote Perawankota 16-8-2023 07:29 PM
Suka betul buat aksi gesel2…
Quote TomyamPuteh 16-8-2023 08:57 PM
Clear sungguh la kelempoknya si Haji Zil nih.
Quote Janetnasuha 16-8-2023 10:38 PM
Heools je lah jadi hero
Quote merahrose 16-8-2023 10:47 PM
HZ bkn ummah closet gk ke...dia lbih up kn hero dr heroin...
Quote QueenIsolde 16-8-2023 10:51 PM
"Tapi saya sendiri lalai dan lemah dalam dunia glamor ini. Terima kasih Haji Zul Ariffin," ujarnya

Macam nk menganjing jul esbok je mak hayam ni
Quote bedahmenjuyah 16-8-2023 10:57 PM
Haji zil bertemu haji zul ahhh ghitewwww
Quote Lily_Elizabeth_ 17-8-2023 09:40 AM
duquesne: Berenti berlakon terus la.. tu ...


Jual.karipap Ikea. Sure laku. Ramai beratur nanti nak tgk abe jul.
Quote marchikobonzo 17-8-2023 10:59 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 17-8-2023 01:40 AM
Jual.karipap Ikea. Sure laku. Ramai beratur nanti nak tgk abe jul.

Takda haji zul pun kemain panjang queue..kang kalau haji zul keje situ lagi la sampai ke parking kot kena queue..
Quote supernaturalee 17-8-2023 01:31 PM
scene gomol2???

ape kucing ke si zul ni

Quote lasagna 17-8-2023 02:19 PM
yg hj zil tu pun buang jer laa tittle haji ko tu,
lagi nk mengarah cite peluk2,
cite pgg2 tgn, cite gomol2..
Quote Sazreena 17-8-2023 03:07 PM
Semoga jizul istiqomah..jadi mutawif sure package full..para single mencuba nasib.
Quote iolss 17-8-2023 06:07 PM
suh dia jd mutawif je la. segerombolan book dgn dia nnt. back to back trip dia nnt.  
Quote immortallez 17-8-2023 06:51 PM
Bapak Sotong Kurita ni rajin btl komen kt Ig Idris Khan. Cakap "dap dap" la bagai. Geli aku. Dh nak mampus pun masih tak tobat lagi
Quote Lily_Elizabeth_ 18-8-2023 06:51 AM
marchikobonzo replied at 17-8-2023 10:59 AM
Takda haji zul pun kemain panjang queue..kang kalau haji zul keje situ lagi la sampai ke parking k ...

Ni buat yang seakan Ikea tapi jual kat Muor hihi.
Quote marchikobonzo 18-8-2023 09:34 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 17-8-2023 10:51 PM
Ni buat yang seakan Ikea tapi jual kat Muor hihi.

Jem jalan nak ke muo..hahaha..orang melaka sujud syukur

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top