CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Tengok Top 5 Tempat Menarik Di Switzerland

16-11-2015 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16696| Komen: 10


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : peacefulwarriors.net

Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak tempat menarik yang memang "superb" dan negara ini terletak bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria serta kerajaan kecil Liechtenstein. Keunikan negara ini adalah kerana menggunakan 4 bahasa rasmi iaitu Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Roman dan  Bahasa Itali.

Kebiasaannya kawasan yang bersempadan dengan negara-negara berkenaan akan menggunakan bahasa negara tersebut.

Beberapa perusahaan di dunia yang paling terkenal di Swiss, seperti Credit Suisse (perbankan), Lindt & Sprungli (coklat), Logitech (elektronik), Movenpick (hotel), Nestle (makanan), Novartis (farmasi ), Richemont (barangan mewah), Schindler (lift), Swatch (jam tangan), dan banyak lagi.

Berikut merupakan antara destinasi pilihan di Switzerland untuk menikmati pengalaman yang sungguh menakjubkan :



1. Zurich

Bandar yang mendapat jolokan ‘The Most Liveable City’, merupakan bandar terbesar di Switzerland. Zurich juga adalah pusat perdagangan di Swiss dan merupakan salah satu pusat pertemuan lalu lintas kereta api yang sangat menakjubkan. Ada rumors mengatakan bahawa di kota ini tidak ada satu lokasi yang jaraknya lebih dari 150 meter dari tempat menunggu bus dan kereta api. Terbaik kan sistem pengangkutan awam kat sini.



2. Geneva

Geneva sememangnya sebuah kawasan yang sangat tenang, damai dan aman. Kerana itu Geneva mendapat jolokan
sebagai ‘City of Peace’. Geneva juga terkenal sebagai HeadQuaters  pertubuhan antarabangsa seperti PBB, WHO dan macam-macam lagi. Lebih 200 pertubuhan kemanusiaan mempunyai ibu pejabat di Geneva. Pasti anda pernah dengar Konvensyen dan Perjanjian Geneva kan!


3. Bern

Bern merupakan
ibu negara Switzerland? Ya betul. Mesti ramai yang ingat Zurich kan. Bern adalah sebuah bandar yang mempunyai bangunan mirip dalam kisah dongeng raja-raja zaman dulu. Disini juga dikatakan menjadi tempat perlindungan karya seni.



4. Interlaken

Interlaken terkenal sebagai lokasi kegemaran peminat sukan lasak kerana disini pengunjung berpeluang melakukan paragliding, mendaki gunung, juga bermain rakit di sungai yang sangat jernih airnya. Interlaken pasti menawarkan lebih banyak pilihan pemandangan yang lebih mengkagumkan!


5. Lucerne


Bandar yang Lucerne merupakan kawasan yang sesuai untuk mencari kedamaian dan menenangkan fikiran. Tempat ini sejuk dan terdapat banyak panorama menarik untuk aktiviti fotografi. Tengok saja gambar dibawah ni sudah tenang, belum jejak kaki kesana lagi. Pasti masa bercakap akan keluar wap ikut mulut kan.


Jadi setakat ini sahaja dulu penulis dapat syorkan antara 5 top tempat yang mesti anda kunjungi jika berpeluang menjejakkan kaki di Switzerland suatu hari nanti.
Selamat bercuti di Switzerland. - CARI Infonet.




34

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
20

Sedih
22

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 16-11-2015 04:19 PM
meols pernah pergi Zurich, Bern & Luzern. Ya hampun, memang cantik sis. pergi time summer pun cuaca dia cool jek. air sungai kat tengah-tengh bandar Zurich pun jernih jaaa, siap ada ikan besar-besar!
Quote shuk_one 16-11-2015 05:31 PM
cantiknya... banyak betul bucket list nih.. duit ja tak de
Quote epis 16-11-2015 06:21 PM
cantiknya... tapi mahalnya juga lahai..... 4 bahasa rasmi mengikut sempadan? jadinya klu dorg ni bertemu, bertutur bahasa ape satu sama lain?
Quote Keenah 22-11-2015 03:17 PM
cantik sangat.........
Quote antidote 27-11-2015 06:55 PM
sapa tahu yang mana lagi best, nak gi .... Mt Titlis? Pilatus? Jungfraujoch? atau Schilthorn?
ada sapa2 yang boleh tolong advise? terimakasihh...
Quote Peterpan17 27-11-2015 09:37 PM
epis replied at 16-11-2015 06:21 PM
cantiknya... tapi mahalnya juga lahai..... 4 bahasa rasmi mengikut sempadan? jadinya klu dorg ni ber ...

Aku ada ex officemate org Swiss. Dia org Zurich tp skrg tinggal kat Lugano. Masa aku gi Swiss bulan 3 ari tu, aku ada jumpa dia. Aku tanya soalan yg sama mcm ko tanya tu

Dia kata senang je, klu gi kawasan yg german speaking,derang ckp german, klu gi kawasan yg ckp Italy, derang ckp Italy, klu kawasan yg ckp French, durang pun ckp French. Tp English pun derang ckp juga.
Quote epis 27-11-2015 10:03 PM
Peterpan17 replied at 27-11-2015 09:37 PM
Aku ada ex officemate org Swiss. Dia org Zurich tp skrg tinggal kat Lugano. Masa aku gi Swiss bula ...

Ooo maksudnya ikot kt mana kawasan bahasa tu la... hebat tul rakyat dorg sampai kene kuasai 4 bahasa tu~~ beznye dah le swiss... saya mampu tgk gmbo jela...
Quote skystrike 28-11-2015 05:44 PM
pernah gi zurich & interlaken....memang cantik...
Quote Peterpan17 28-11-2015 08:31 PM
epis replied at 27-11-2015 10:03 PM
Ooo maksudnya ikot kt mana kawasan bahasa tu la... hebat tul rakyat dorg sampai kene kuasai 4 baha ...

Yup!! dr kecik lg derang dah di ajar utk blh kuasai semua bahasa tu. Hebatkan org Swiss. aku pun dulu mampu tgk gambar je. Tp bila dah kerja simpan duit sikit2 & tertunai juga janji pd ex officemate nak visit kampung dia awal tahun ni.
Quote epis 28-11-2015 08:37 PM
Peterpan17 replied at 28-11-2015 08:31 PM
Yup!! dr kecik lg derang dah di ajar utk blh kuasai semua bahasa tu. Hebatkan org Swiss. aku pun d ...

Hopefully lagi dua tahun dpt la pergi, tgh kumpul duit ni haha...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.108002 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top