CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecoh Ira Kazar Dah Hamil? Yusuf Haslam Selamba Jawab, "Saya Tak Tahu, Saya Tak Mahu Tahu"

16-8-2023 03:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6048| Komen: 28|Original author: Saiful

Datuk Yusof Haslam tak nak jawab spekulasi yang mengatakan Ira Kazar hamil.

Menerusi perkongsian di TikTok @mstar.malaysia, bapa Syamsul itu dilihat tidak mahu memberi sebarang komen kerana ingin menjaga hati ramai pihak.



“Saya tak tahu. Saya tak mahu tahu. Saya tak tahu dia hamil ke, tak hamil ke wallahua’lam saya tak mahu cakap.

“Isteri saya dah pesan tolong jangan cakap apa-apa, you silap cakap nanti tak sedap pula. Saya nak jaga hati isteri saya sebab dia dalam keadaan yang masih gugur (berita perceraian Syamsul & Puteri Sarah) lagi.

“Pada masa sama, Syamsul anak saya dan saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan kami menjadi tak bagus. Saya kena jaga hati menantu saya, cucu-cucu saya dimana mereka pun dah faham dan matang,” katanya.


Disoal mengenai perbincangan untuk bertemu dengan menantu barunya, dia sekali lagi tidak mahu berkongsi hal tersebut.

“Saya tak nak komen perkara tu,” tegasnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun telah bercerai pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Awal Januari lalu, Syamsul tampil mengejutkan orang ramai dengan pengumuman sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand yang berwalikan bapa Ira iaitu pelakon Kazar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tay22 16-8-2023 03:29 PM
Latest news ke ni? Kenapa rasa macam pernah baca je jawapan YH ni months back lps cerai ps-sol done.
Quote Binodino 16-8-2023 03:35 PM
tay22: Latest news ke ni? Kenapa rasa ...

Sesetengah momod cari ni tersampuk dek astro, asyik ulang cerita sama je. Tau baru bangkit dari kuburan barangkali
Quote laksmanabentan 16-8-2023 03:50 PM
wahhhh... pandai IK ikat SY nih.... kemut baik2 dapat rezeki... Alhamdulillah...
pengikat kasih sayang tuh.... IK & SY selamanyaa....
Quote Thunderclouds 16-8-2023 04:15 PM
Dh tu,kalo dia xbunting² korang jugak merentan knp xbunting lg.
Get a life la seko².
Quote oggy 16-8-2023 04:25 PM
Kenapa sibuk tanya Tok Usop. Tanya lah laki dia tu si Sol tu. Tak berani pulak repotz
Quote sangbara2020 16-8-2023 04:38 PM
tya direct birah la...ape la x advance seko2
Quote MatDeghem 16-8-2023 05:45 PM
Nampak sangat wartawan sangkak hadap makan pree....hanya berani tanya/gangi toksop. Dgn apak penyondol si kazar tak brani.
Quote miss_strangers 16-8-2023 05:46 PM
Xsabar nk tengok kazar junior
Quote Perawankota 16-8-2023 07:40 PM
Dah kawen, nak heran apa klu pregnant
Quote ashilalat 16-8-2023 07:52 PM
Bagus la dah pregnant..forumer dgn toksop laki bini je x move on sampai skrg. Si PS, Sol dgn IK elok je dah move on.

Forumer cari mmg over the top...retis dah move on beribu batu jauh pon, masih ketinggalan zaman dok ngungkit kisah caras org. Lain lah kalau asyik bercekau je macam Kude-Jering-Intan tu.
Quote QueenIsolde 16-8-2023 08:44 PM
Kesian la si ira kahaksss ni dah mcm bola dh iols tgok..ke kiri ke kanan sume org tendang, buat pape pun sume tak kena..rasainn lorh
Quote rosedemon 17-8-2023 09:05 AM
cantiknya ira kazar
Quote pembacagosip 17-8-2023 10:09 AM
muda sungguh pic tok selam tu
yg video baru wajah terkini
Quote mamastoney 17-8-2023 10:14 AM
20230817_101319.jpg

Ira dah bg hint seolah2 mengiyakan....share gambar dia dlm lambo Solsol
Quote krustykrab 17-8-2023 10:20 AM
mamastoney replied at 17-8-2023 10:14 AM
Ira dah bg hint seolah2 mengiyakan....share gambar dia dlm lambo Solsol

Tk dpt tgk chuols
Quote pocongkiutss 17-8-2023 10:21 AM
mamastoney replied at 17-8-2023 10:14 AM
Ira dah bg hint seolah2 mengiyakan....share gambar dia dlm lambo Solsol

Apa yg dpt dr gambar ni..ada tunjuk perot dia ke sis
Quote faraway1 17-8-2023 10:26 AM
Bercucuk tanam laki bini sah sah baby lah hasil...

Tapi ada anak pun bukan boleh kata ikat ke tambat si sol ngok tu pun..

Remember dia dah ada 2 anak still punai terbang tinggi..
Quote kakJOYah 17-8-2023 10:29 AM
sedapnya meruntuhkan rumahtangga orang, lepas kawin automatik jadi suci
Quote Prickford 17-8-2023 11:31 AM
mamastoney replied at 17-8-2023 02:14 AM
Ira dah bg hint seolah2 mengiyakan....share gambar dia dlm lambo Solsol

Lambo Sol yg terbakor hari tu ke?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.191941 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top