Kes penumpang membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella.
Menerusi hantaran di Instagram, Zarul memuji cara kapten dan anak kapal mengawal insiden berkenaan. Menurut bekas pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu, situasi seperti ini harus dikawal dengan tenang bagi memastikan penumpang lain tidak berasa terancam. Pada masa sama, Zarul turut mendedahkan dirinya pernah berhadapan situasi hampir serupa tetapi ia melibatkan penumpang mabuk. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tahap profesionalisme kapten dan anak kapal MH112 selain turut berharap agar pesawat dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Terdahulu, disebabkan insiden tersebut, sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan. Memetik laporan Astro Awani, Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut. Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini (Isnin) kerana membuat gangguan. IG Zarul Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat. Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang. Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru. Sumber: Media Hiburan
|
prince_marhaen replied at 16-8-2023 12:34 PM
terpaling flight attendant ...
kat youtube channel heshe bnyk kali kantoi ye yang dia jemput gue ...
drivethru replied at 16-8-2023 02:14 PM
Aku suka jer content youtube dia. Tapi yg aku menyampah, dia suka mencelah bila guest tengah bercaka ...
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:18 PM
ye, sebab mostly guest dia the best in airlines, senior2, meols pun kenal sorg dua... tapi setiap ...
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:18 PM
ye, sebab mostly guest dia the best in airlines, senior2, meols pun kenal sorg dua... tapi setiap ...
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:18 PM
ye, sebab mostly guest dia the best in airlines, senior2, meols pun kenal sorg dua... tapi setiap ...
mawardia replied at 16-8-2023 09:15 PM
Terpaling EX cabin crew.
Terpaling tau procedure.
Terpaling senior.
ADVERTISEMENT