CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nonny Nadirah Dakwa Diugut Dan Disihir- Hari-Hari Menangis, Jalani Kehidupan Sukar

16-8-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2765| Komen: 10

Lama menyepi, Nonny Nadirah memberi bayangan seolah-olah melalui kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Nonny, 34, menerusi luahannya di media sosial seolah-olah ingin memberitahu punca kehilangannya selama ini mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat berkenaan.



Katanya dia yakin keadaannya akan pulih, selain tidak pernah berhenti mendoakan pihak yang menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya agar kembali ke pangkal jalan.

“Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya (yang) bukan hasil setahun dua. Nauzubillahiminzalik.

“Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu, lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya.


Dalam hantaran sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima (AF5) itu turut mendedahkan sudah lama diugut individu sama dengan pelbagai cara.

Situasi dilalui dalam jangka masa panjang itu diakui membuatkannya sukar melupakan perbuatan jahat dilakukan terhadapnya.

“Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau kembali. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni.

“Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Tiada guna diam dengan kau ni. Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah,” katanya.



Sebelum ini, sudah  hampir tiga tahun pelakon filem Malay Regiment itu menyepi dari dunia seni sehingga ada peminat menyangka dia berundur dari dunia seni berikutan isu peribadi.

Namun kemunculan dalam sebuah saluran YouTube lebih sebulan lalu dengan imej kembali berhijab membuatkan peminat serta rakan terdekat termasuk Mila Jirin menarik nafas lega.


Terdahulu selebriti asal Kota Kinabalu, Sabah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda anak satu, Mohamed Mustain pada Mac 2008, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-8-2023 11:12 AM
masih ting tong ke
Quote mamajawie 16-8-2023 11:50 AM
akak amik dadih ke?lain maciam kejap ok kejap tingtong
Quote Belibis 16-8-2023 02:07 PM
Apa apa pun...jin jugak yang bersalah.
Quote bankerpencen 16-8-2023 07:42 PM
Cantik tapi sayang, tak berapa nak betul
Quote lazim 16-8-2023 08:23 PM
Mcm mn dia blh tergamak berendam dlm besen. Tak artistic lansung
Quote doubleA 16-8-2023 08:30 PM
Oo pernah kawen ke dia. Lawa dia ni tapi macam bermasalah
Quote cahaya_almas 16-8-2023 09:02 PM
Tanda2 dia nk muncul kt tv kah ni?
Quote timah03 16-8-2023 10:56 PM
Dah lama kan dia kena sihir...tak sembuh2 lagi... Kena lawan dgn bomoh sarawak la kot... Diorang kata sarawak lagi kuat...
Quote DeLuna85 17-8-2023 08:11 AM
Tak apa mila terpaling sahabat ada. Nanti korang boleh nangis sama2.
Quote rosedemon 17-8-2023 09:00 AM
balik2 salahkan sihirrr podddahhh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045160 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top