CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Bukan Harimau Di Set Penggambaran Tapi Akan Naik Suara Kalau Dah Banyak...

16-8-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2166| Komen: 6

Sentiasa berada di tahap tertinggi sebaik proses penggambaran bermula, Nabila Huda bagaimanapun akui fizikan dan mentalnya mudah penat sekiranya sesebuah babak itu harus dilakukan berulang kali.

“Saya ini merupakan seorang pelakon yang bersungguh-sungguh. Bila first take itu, saya akan terus ‘all out’. Untuk mengulang semula babak tersebut untuk kali kedua atau ketiga, saya masih okay.


IG

“Namun, bila harus melakukannya berulang kali, energi saya tetap sama tapi saya akan penat dan lemah.

“Dalam hal ini, sebelum jalani penggambaran, kita akan berkenalan dengan pengarah dan lakukan rehearsal. Jadi, kami tahu keinginan masing-masing,” katanya kepada MH.

Lantaran itu, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengharapkan agar pelakon lain juga dapat memberikan komitmen yang sama.


IG


Namun, sebagai pelakon berpengalaman, dia juga faham bahawa kemampuan seseorang pelakon itu adalah berbeza.

“Bila pelakon lain tak dapat berikan yang terbaik pada take yang pertama itu normal. Kita tak boleh nak mengharapkan mereka beraksi sama seperti kita.

“Cuma kalau terlalu berlebihan sehingga banyak take, saya akan naik suara juga. Saya akan nasihatkan mereka supaya buat apa yang patut dahulu sama ada rehearsal atau buka kelas lakonan.

“Sementara itu, saya nak keluar dan ambil ketengan sampai mereka boleh buat sebelum keadaan jadi lain.

“Namun, hal ini jarang berlaku kerana saya selalu digandingkan dengan pelakon profesional. Saya juga sangat memilih dalam soal gandingan pelakon,” ujarnya lagi.


IG

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menafikan dirinya sukar untuk dibawa berbincang sebaliknya hanya bersikap tegas ketika sedang bekerja.

“Orang industri tahu saya macam mana. Saya bukannya baharu dalam industri ini. Saya mula berlakon dari umur 16 tahun dan mereka tahu perangai saya macam mana.

“Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa pun. Tak pernah kurang ajar atau marah tak tentu fasal. Saya bukan harimau di lokasi penggambaran. Saya mudah didekati dan sampai sekarang masih begitu.

“Namun, saya tegas ketika bekerja. Kalau saya tak suka, saya akan berterus terang. Kalau saya nampak orang lain buat kerja tak betul, saya akan terus tegur.

“Saya sudah bagi 100 peratus. Kalau orang lain tak bagi komitmen yang sama, saya tak boleh terima. Orang bayar gaji dan kita kena bersungguh,” ujarnya lagi.


IG

Terdahulu, Nabila kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Rahsia.

Rahsia merupakan fliem reboot yang dibikim semula daripada karya asal yang diterbitkan pada tahun 1987, menampilkan Nabila, Fikry Ibrahim, Emma Manan dan Qistina Raisah.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-8-2023 10:42 AM
mcm teringin nak tgk citer ni. ada review ckp versi lama & baru so berbeza. tp yg lama tu pun iols x tgk lg. lol.
Quote hanihan16 16-8-2023 10:51 AM
tiber i rasa abil ni makin bawak vibe ogy ahmad daud. selalu rasa dia yg paling all out berlakon, tak bagi muka kat pelakon baru sambil perli2 diorang.
Quote stania83 16-8-2023 10:56 AM
-bila sesorang itu semakin bagus talent dia, tak kisah dalam bidang apa pon seni ke.perubatan ke, computer ke..makin lama makin kekwat sbb kita rasa kita bagus..semoga kita dijauhkan perangai gini
-nabila ni masa first berlakon vcd blok 404 ke apa ntah..ya allahhh kayu kayan gilaaa..tak sangka harini jadi primadona
Quote sangbara2020 16-8-2023 11:09 AM
dia berlakon best...
Quote Belibis 16-8-2023 11:10 AM
Acah terpaling betul dia ni..macam lobai terpaling alim,orang lain semua bidaah..
Quote edoraixora 16-8-2023 11:16 AM
hanihan16 replied at 16-8-2023 10:51 AM
tiber i rasa abil ni makin bawak vibe ogy ahmad daud. selalu rasa dia yg paling all out berlakon, ta ...

betul sangat....masa baca artikel ni terus ingat hakak ogy
ogy wannabe sungguh lah, jenis perasan baguih

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047608 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top