CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin Terpaksa Hadap Ayda Jebat Muntah-Muntah Di Set Shooting

16-8-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3088| Komen: 6

Amar Baharin pasrah apabila terpaksa berdepan dengan Ayda Jebat yang mengalami alahan waktu hamil ketika menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Sempurna.

Amar memberitahu dia memahaminya serta mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.


Foto: IG

“Lumrah shoot dengan pregnant mom… sampai termuntah-muntah kat set.

“Anyway, congrats Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Semoga dipermudahkan,” katanya melalui Instagram.



Amar memuat naik foto ketika penggambaran yang menunjukkan Ayda seperti sedang baru sahaja muntah bersamanya di hadapan sebuah kereta.

Ayda menerusi komen dalam entri itu meminta maaf akan situasi berkenaan.

“Opps sorry, ter dianasor!”


Di ruangan komen rata-rata memuji sikap Amar yang turut sama memahami situasi ibu hamil.

“Kena lebih memahami ibu-ibu hamil...bukan semudah yang disangka.. Aamiin,” komen seorang pengikutnya.

“Nasib baik Ammar dah 2 orang anak.. Kalau tak dengan Ama muntah sekali,” tulis seorang netizen.


Dalam pada itu tak kurang juga ada yang memuji Ayda kerana masih gigih meskipun hamil.

“Congrats Ayda, kesiannyaa, semoga lekas hilang alahan nyaa, walau tengah alahan, kerja juga yaa,” puji seorang warga maya.


Ayda yang sedang hamil lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla berusia dua tahun. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 16-8-2023 10:13 AM
Laku pulak hamster ni ya?
Quote babelina 16-8-2023 10:27 AM
bdk ofc aku sorg nie.. muda lg.. bertudung.. masa masuk kje.. mmg x pndai pkai elok.. bkn nk ckp apa.. minah rempit kn.. so pkai kt ofc ikut style dia jer.. sampi HR tegur.. pastu kawin.. pregnant.. dh berjubah ajer.. hahaha.. yg penting bau x mandi pagi.. bau org bgn dari katil terus g kje.. pastu mkn x benti2 sampai bln pose mkn mcm biasa jer.. bfast, lunch n minum ptg.. last2 kencing manis.. mcm2 pembawakn org mengandung nie..
Quote Hoshhi 16-8-2023 09:21 PM
Tu pun nak tunjuk
Quote scarflicious 16-8-2023 09:23 PM
Cantik lah ayda.
Quote adeqbun 17-8-2023 08:27 AM
putih btol ammar ni kan
Quote rosedemon 17-8-2023 08:58 AM
euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.169599 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top