CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Pelik Dituduh Cuba Buka Aib - 'Enot Sendiri Buka Aibnya'

16-8-2023 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2961| Komen: 8

Pelakon dan pengacara, Didie Alias sekadar memberi teguran dan nasihat seorang kakak kepada adik berhubung perbuatan rakannya yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang seperti yang hangat diperkatakan warganet, sejak beberapa bulan lalu.


Jelasnya, tiada sekelumit dalam hati mahu mengaibkan sesiapa berhubung luahan kekecewaan terhadap Enot yang juga rakan baiknya itu.

"Kalau dengar balik kenyataan saya, mana ada saya buka aib dia. Sebaliknya, saya sekadar mengulas pertanyaan wartawan mengenai isu membabitkan Enot yang sudah tular.



"Salahkah saya beri nasihat kepada seorang adik? Umur pun bukan muda lagi. Saya mahu Enot jalani kehidupan lebih baik bersama anak-anaknya.

"Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

"Perkara ini orang sudah perkatakan sejak dahulu lagi. Saya juga tak tahu sama ada Enot faham atau tidak mengenai apa yang saya katakan.


"Kenapa putar belitkan kenyataan, tuduh saya pula cuba aibkan dirinya," katanya kepada BH Online.

Didie berkata, dia sudah lama tidak berhubung selepas Enot mengambil keputusan berpindah ke Melaka untuk bina kehidupan baharu. Jelasnya, dia langsung tidak tahu keberadaan Enot sehinggalah dia tiba-tiba memunculkan diri selepas kenyataannya disiarkan.

"Perkara ini pernah berlaku sebelum ini, namun saya tetap terimanya kembali. Selama ini, saya jaga dia dengan baik.

"Alhamdulillah, sejak bersama saya, banyak 'job' yang diperoleh. Bukan nak kata saya hebat, tetapi sekadar kongsi rezeki.

"Saya sebenarnya lebih kepada kecewa. Saya cuba nasihatkannya jalani kehidupan lebih baik, tiba-tiba saya pula dipersalahkan," katanya.

Tambah Didie, cukuplah setakat ini sahaja kenyataannya mengenai Enot. Terpulang sama ada pelakon itu mahu menerima nasihatnya dan mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai buat sahabatnya itu. - CARI


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-8-2023 09:04 AM
Enot ni dgn pasangan pengkid ada dera budak tak?
Quote prince_marhaen 16-8-2023 09:20 AM
lantakkkan saja si gundu kepam tu mommy...tak payah ditolong lagi dah... lepas ni kalau dia merayu merengek mohon sumbangan kanser usus lah, sakit lutut ke sakit jubo ke, biar dia ngan 'laki' dia tu settle kan... tapi payah ye sebab ramai je netizen peminat bodoh yang sejenis mudah kesian, mudah terpengaruh, hujung2 senang hidup si nonot ni makan duit sumbangan... acah2 takde kerja takde job... dulu tanggung biawak, skrg tanggung pengkid kepam pulak..
Quote Komenga 16-8-2023 09:26 AM
Go mummy! Pertahankan dirimu. Sedap je yennot ni nak twist dan play victim. Mummy dah boleh geng dgn Sherry Alhadad ni. Dua dua jenis baik sayang tolong kawan hujung hujung kena buang je dgn kawan yg ditolong.
Quote azimodin 16-8-2023 10:22 AM
Sendiri menayang love2 famili cinta hati haktuiiii (bunyi kahak hijau), pastu acah2 tersakiti
Quote AcikCleaner 16-8-2023 10:28 AM
Ko yang menayang siap berhashtag bagai dengan pengkid tu, nak bitter pulak dengan mommy..play victim la ko enot
Quote cikatilia 16-8-2023 11:06 AM
dgn # mcm laki bini nya amenda...
sial lah jandas2 gila pengkid ni
Quote sayurmayur88 16-8-2023 11:13 AM
kaaan.. menda buka aib, dah dia gigih menayang kehidupan bgitu kt soc med, semua orang nampak lah. pastu play victim.
Quote coco 16-8-2023 04:22 PM
dekat mana dia ber# bgai

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072163 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top