Oleh : TS LOO Sebelum ini, kita sering terbaca pelbagai kejadian kanak-kanak di China yang mengalami macam-macam kemalangan akibat kelalaian ibu bapa.
Antaranya batang besi pagar tercucuk di paha kaki, tersepit di celah dinding yang sempit, tersepit dan tergantung di tempat sidai baju dan lain-lain lagi.
Namun kali ini, di China juga, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh dari alat bantuan berjalan bermain. sumber foto : internet Kanak-kanak malang yang berasal dari wilayah Hubei itu terpaksa menahan sakit selama beberapa jam sebelum diperasan oleh ibu bapanya mulut berdarah banyak.
Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut. Selepas menjalani pembedahan selama satu jam, doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan. Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak terkena saraf dan saluran darah penting. Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi. Malang itu tidak berbau, sebagai ibu bapa kita harus lebih berwaspada ketika anak-anak yang masih kecil berseorangan bermain dengan alat yang tajam.- CARI Infonet |
13
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
20
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT