Penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia pernah dilemparkan telur oleh peminat sewaktu membuat persembahan nyanyian di awal karier seninya dahulu. Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, insiden itu berlaku kerana peminat tidak suka apabila dia digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Tomok pada ketika itu.
“Waktu tu Nana berusia 17 tahun... saya baru jadi penyanyi dan pernah dilemparkan telur oleh peminat kerana mereka tak suka saya digosipkan bercinta dengan Tomok. “Habis kotor kain Nana dan pihak penganjur terpaksa minta saya turun daripada pentas serta hentikan persembahan. “Memang terkejut masa kena tu sebab saya pun masih muda dan baru lagi dalam industri... tapi apa pun banyak saya pelajari daripada kejadian tersebut. “Alhamdulilah sekarang ni tak ada peminat yang macam tu,” kata Nana kepada mStar.
Sumber: mStar
|
sleepandream replied at 15-8-2023 10:55 PM
dolu tomok duduk flat area cheras kan?
masa tgh top dolu mcmmana la heols keluar masuk rumah
woven11 replied at 15-8-2023 03:56 PM
Flat bandar tun razak x silap
sleepandream replied at 15-8-2023 10:55 PM
dolu tomok duduk flat area cheras kan?
masa tgh top dolu mcmmana la heols keluar masuk rumah
Themilo replied at 16-8-2023 07:32 AM
Flat sri kota kat bandar tun razak. kebetulan weols pun sebaya dengan nana & tomok
epullipan replied at 16-8-2023 12:04 AM
huhu zaman sekolah time tu semua budak klas aku mengaku makwe tomok..tak malu betul
ADVERTISEMENT