CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disihir Ibu Tiri Kerana Cemburu Kasih Sayang Si Bapa

15-8-2023 08:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7311| Komen: 0

Seorang gadis berdepan ujian berat apabila mengalami haid tanpa henti dikatakan gara-gara disihir ibu tirinya sendiri.

Ibu tirinya berbuat demikian didakwa hanya kerana cemburu dengan bapanya yang lebih menyayangi gadis tersebut berbanding adik tirinya.



Kisah itu diceritakan seorang perawat wanita alternatif menerusi akaun TikTok @nurularsyifaalmustaqim berhubung pesakitnya yang datang mendapatkan rawatan.

“Kerana disayangi lebih oleh ayahnya, si ibu tiri jadi iri hati. Ibu tirinya juga mempunyai anak dara sebayanya. Dia menderita dah dekat setahun.

“Darah haid macam air paip mengalir tanpa henti. Setiap kali lepas asar rahimnya kepanasan, kemaluannya macam nak terbakar.

“Allahuakbar, sampai hati kamu. Anak ini masih anak dara. Tapi dah ‘terkunci’ rahimnya,” katanya pada perkongsian itu.

Perkongsian tersebut turut mendapat simpati daripada orang ramai yang kasihan dengan ujian menimpa wanita itu.


“Kena terima kalau dah kahwin dengan duda anak satu atau dua. Tak perlu nak buat macam ni. Cuba kalau kita di tempatnya, apa rasa bila kena sihir,” kata seorang pengguna.

“Allahuakbar semoga cepat sihat kembali,” ujar seorang lagi pengguna. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.101412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top