CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Pegang Tangan Siapa Tu? Dah Dapat Pengganti?

15-8-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7320| Komen: 37

Diana Danielle mengejutkan ramai selepas memuat naik beberapa foto memegang tangan seseorang ketika berada di sebuah restoran.

“Pov: You are on a date with me,” tulisnya serta menulis akaun Instagram tiga rakannya lain di ruangan kapsyen seakan memberi tanda mereka keluar bersama.


Foto: IG

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hantaran tersebut, malah ramai juga mempersoalkan Diana seakan melanggar tempoh iddahnya.

Rakan selebriti, aktres Puteri Sarah juga sempat meninggalkan komen yang mengusik Diana nakal dengan sengaja mencipta content sedemikian.



“Buat hal eh,” tulis Puteri Sarah.

Ada juga segelintir netizen mempertahankan Diana atas dakwaan telah mencari pengganti itu.

Ramai dalam kalangan mereka berkata Diana berada di restoran tersebut bersama tiga rakannya yang lain.


Di Instagram Story milik Diana, dia berkongsi sebuah video pendek bersama rakannya yang merupakan individu memegang tangannya dalam foto tersebut sekaligus menepis dakwaan sudah menemui pengganti.

Sekadar info, Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu secara online.


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-8-2023 06:44 PM
Lahai. Post gitu pun netizen kecoh. Kalau ya pun dia dah ada bf, biarlah. Life goes on.
Quote makneng 15-8-2023 06:45 PM
Tangan fonen je bentuknya
Quote I.K.A888990 15-8-2023 07:21 PM
apoooo netizen lantaks dia lahhhhhhhhhh
Quote rayna_raynes 15-8-2023 07:45 PM
Lerh tangan pondan. apo
Quote Nana_Man 15-8-2023 07:50 PM
Hahhaha…. Aku rasa dekni kalau ada bf baru pun senyap2 je.
Quote love_warrior 15-8-2023 08:06 PM
Saja nk mengundang
Quote Qatrunnadaain 15-8-2023 08:48 PM
Dia ni masa jadi guest kt hotfm bukan main gedik melentok leher jawab soalan dj.. sebab kj ada kt sebelah.. buruk sgt janda nak buat2 malu mcm tu..
Quote meowww05 15-8-2023 10:10 PM
kat TT fyp pulak dia ni tgh menari2 tarian apa ntah, netijen menyamakan DD spt Ira Kaza HAHAHAHA, lucu betul netijen ni pun
Quote jihyomelly 15-8-2023 10:19 PM
tgn ondan je pun..skarang rasa bebas kot sbb dah serai walaupun dlm iddah..apa2 je la asal bahagia..
Quote lanacondor 15-8-2023 10:58 PM
Rasa org mrh sb sheolz dlm eddah lg kan. Bru sgt pon 10 ogos cerai
Quote lanacondor 15-8-2023 10:58 PM
Qatrunnadaain replied at 15-8-2023 08:48 PM
Dia ni masa jadi guest kt hotfm bukan main gedik melentok leher jawab soalan dj.. sebab kj ada kt se ...

Mn nk tgk.. tepek la chuolz
Quote guesswho09 15-8-2023 11:00 PM
Qatrunnadaain replied at 15-8-2023 08:48 PM
Dia ni masa jadi guest kt hotfm bukan main gedik melentok leher jawab soalan dj.. sebab kj ada kt se ...

Paste la video kat sini dek
Quote Afifi82 15-8-2023 11:06 PM
Comel Dd ni..
Quote youell 15-8-2023 11:42 PM
Nyetizen pun menyibuk.
Quote DeLuna85 16-8-2023 12:03 AM
Asal jadi janda je mesti nak buat caption mengundang. Undal ngat2 kenapa janda2 ni.
Quote DeLuna85 16-8-2023 12:03 AM
Afifi82 replied at 15-8-2023 11:06 PM
Comel Dd ni..

Tak comel la. Tapi dia sangat cantik.
Quote jambatannetizen 16-8-2023 12:05 AM
Qatrunnadaain replied at 15-8-2023 08:48 PM
Dia ni masa jadi guest kt hotfm bukan main gedik melentok leher jawab soalan dj.. sebab kj ada kt se ...

Aku Pun geliii tengok Johan ngan Faafau mcm ada menyampah tengok DD
Quote irvene 16-8-2023 12:18 AM
aku tgk tangan tu pun dah tahu tangan pengkid malaysia. sepesen je pengkid dkt malaysia ni. sedehhh!
Quote spy_caridotdot 16-8-2023 12:24 AM
Lah! Post & caption cenggitu pun netz nak gelabah teks pulak! Pastu dok kata dia langgar tempoh eddah bagai! Kemon la.. dia bukan setajah tutup litup nak kena terperuk dok meratap kat umah!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047089 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top