Lazimnya sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak, bentes-membentes, terjah-menerjah dan jika tidak bernasib baik akan ‘dihempap’ ramai pemain lawan berbadan sasa. Namun satu pertandingan ragbi khas berjaya diadakan di sebuah gimnasium di pinggir ibu kota Jepun baru-baru ini, yang direka khusus untuk golongan pemain cacat anggota fizikal kekal atau orang kelainan upaya (OKU). Dalam pertandingan tersebut, penonton bagaimanapun pasti tidak dapat membezakan siapakah antara kalangan pemain terdiri daripada golongan normal atau pun OKU kerana semuanya diikat berselubung dan baring di lantai. Dipanggil sebagai ragbi ulat bulu, ia memastikan permainan sama adil – tidak kira sama ada pesertanya seorang yang kurang upaya atau sempurna tubuh anggota dengan melibatkan keseluruhan 30 pemain turun beraksi. Menurut media tempatan, pakaian getah yang digunakan pemain pula memastikan para peserta terlibat tidak mengalami cedera dan sukan unik ini asalnya dicipta oleh Tomohiro Sawada dari Pertubuhan Sukan Yuru. Bentuk pakaian tersebut seumpama tiub tersebut dihasilkan oleh Yumi Sada, seorang pereka wanita terkenal dalam arena fesyen OKU di negara ‘matahari terbit’ itu berasaskan kepada pergerakan lazim seekor ulat bulu. Buat permulaan setiap pasukan diwakili oleh lima pemain dan mereka bertarung dalam kawasan berkeluasan separuh daripada saiz gelanggang bola keranjang dengan menggunakan ‘kudrat’ tangan sendiri untuk bergerak. Setakat ini, peraturan permainan ragbi ulat bulu itu masih belum muktamad lagi, namun ia dijangka memberi peluang kepada OKU menikmati sukan tersebut dalam cara unik tersendiri.- CARI Infonet sumber info : www.mynewshub.cc |
3
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT