Baru-baru ini, tular video di TikTok menunjukkan seorang pembantu rumah melawan majikannya. Melihat video berkenaan, kelihatan majikannya yang sarat hamil menegurnya dalam nada suara perlahan sebelum bibiknya melempar sehelai kain buruk tepat ke wajahnya.
Tindakan biadab wanita itu membuat majikannya meradang sebelum mencapai telefon lalu menghubungi seseorang (dipercayai agensi pembantu rumah) sambil marah-marah. Seolah tersedar dirinya telah melakukan kesilapan besar, bibik itu nampak serba salah dan terus mendiamkan diri saat ditengking majikannya. Difahamkan, wanita berkenaan ditegur kerana lambat beradaptasi dengan kerja-kerja rumah. Pembantu berkenaan kelihatan mahu pergi dari ruangan itu, namun majikannya menghalang dan mengugut akan lmeaporkan kepada polis jika kejadian sama berulang di masa hadapan.
Insiden itu berlaku di Hong Kong dan bibik tersebut adalah seorang wanita Indonesia. - CARI SUmber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT