CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mel Wings Nak Ajak Rakan Artis Kembali Ke Pangkal Jalan

15-8-2023 01:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2111| Komen: 2

Bekas vokalis Wings, Mel tidak pernah menganggap dirinya sudah berhijrah sepenuhnya walaupun pernah hadir dengan beberapa lagu berbentuk ketuhanan. 


Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 57, berkata, hijrah menuntut kesungguhan untuk melakukan perubahan besar dalam hidup dan meninggalkan segala hiburan yang melalaikan. 



“Saya takut hendak cakap sudah berhijrah sepenuhnya sebab ia bukan perkara main-main. 


“Hijrah ini bagi saya adalah meninggalkan terus nyanyian. Untuk bagi Allah gembira dan suka, kita buang segala perkara melalaikan dalam hidup.


“Baru-baru ini pun saya pakai jaket balik, pakai topi dan buat persembahan di konsert Barbarik,” katanya. 


Mel bagaimanapun kini lebih terbuka dan mahu menggunakan platform seni untuk menyebarkan dakwah dengan cara tersendiri. 


Katanya, dia berhasrat mengajak rakan-rakan artis kembali ke pangkal jalan dan sentiasa mengingati Allah SWT. 

Kalau boleh saya hendak bawa rakan-rakan artis seangkatan balik ke pangkal jalan dan bersama mengingati Allah. Itu antara perkara yang saya nak buat. 


“Saya juga pernah suarakan hasrat kepada Joe Wings untuk mengumpulkan rakan-rakan kita yang pernah berselisihan faham buat satu album berkonsepkan ketuhanan. 


“Kalau dulu mungkin kita asyik bermegah-megah dengan benda lain. Kadang-kadang kita terlalu seronok dengan maksiat, takut mati nanti dalam maksiat,” jelasnya. 



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-8-2023 02:17 PM
Acik boleh la ajak anak acik si Ewal yang sendu karier tu sekali.... asyik cerita kawi, pompuan, ciknek, cikpet je... walhal nonok vibes.... try hard sangat nak nampak macam player... hihihihi...

Quote Burong_Hantuk 15-8-2023 02:24 PM
sedap suara mel nih...moga dipermudahkan yerr

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.287577 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top