CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tandas Tercantik Di Dunia Terletak Di China, Masuk Sahaja Dah Rasa Macam Dalam Istana

15-8-2023 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3358| Komen: 34

Beijing: Tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia.

Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.


Foto: Oddity Central

Terletak di tingkat enam pusat beli-belah Deji Plaza di Nanjing, tandas tersebut membuatkan orang ramai berasa seperti berada di dalam istana, dengan koridorrnya dipenuhi tumbuhan yang keluar dari dinding.

Ia juga dilengkapi dengan lampu gergasi yang menyinari dari atas, dan dengan cahaya yang memantul di lantai berkilat.

Di penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga.

Di situ, individu boleh menunggu rakan mereka yang menggunakan tandas.

Tandas untuk lelaki dan wanita menampilkan hiasan lengkap dengan sinki berinspirasikan air pancut yang diletakkan pada ketinggian berbeza. Ia menjadikannya mudah dicapai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.


Foto: Oddity Central

"Tandas di pusat beli-belah adalah ruang awam yang terbuka kepada semua orang.

"Ia memberi mereka ruang untuk berehat atau 'menyusun semula' diri mereka.

"Ketika proses reka bentuk, saya tidak begitu mahu mereka bentuknya sebagai ruang berfungsi sahaja.

"Jadi, saya cadangkan lebih penekanan pada reka bentuk tandas supaya mencerminkan penjagaan kemanusiaan di sudut yang tidak dijangka di pusat beli-belah.

"Itulah sebabnya kami menghasilkan konsep 'taman santuari'," kata pereka, Li Xiang.

Banyak yang menarik pada tandas itu, daripada abstrak geometri dan bentuk yang diilhamkan daripada bunga dan serangga, sehingga kepada kerusi mewah serta banyak jalur LED. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 15-8-2023 01:02 PM
tp rakyat dia still kencing berak tepi jalan ironi sgt
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2023 01:12 PM
Barokah selet pakai tisu ketimbang cebok guna paip getah (baca masjid-masjid Kelantan)
Quote stingerpressor 15-8-2023 01:13 PM
Korang dah masuk tandas rumah sistur Darsitah kita? Mengalahkheun KINOKUNIYA...
Quote Samerosie 15-8-2023 01:17 PM
Tandas kayangan di Kelantan tersenyum sinis.


Quote _kelly 15-8-2023 01:21 PM
Samerosie replied at 15-8-2023 01:17 PM
Tandas kayangan di Kelantan tersenyum sinis.

hahahah dah agak mesti ada porumer tepek pic ni
Quote Samerosie 15-8-2023 01:25 PM
_kelly replied at 15-8-2023 01:21 PM
hahahah dah agak mesti ada porumer tepek pic ni

Hahaha sebab ada sign tu "Ala syurga dunia" gitu.  Yg china punya ala istana.
Quote TomyamPuteh 15-8-2023 01:25 PM
Tapi kencing still tak basuh.
Quote Thunderclouds 15-8-2023 01:34 PM
Tader makne.
Kencing verak tetap xbasuh.
Bile xtahan ko buang ikot dan.
Quote CiliPadiSedap 15-8-2023 01:40 PM
itu bukan tandas itu ruang tamu madu friska
Quote prince_marhaen 15-8-2023 02:12 PM
tengok gambar je dah terbau hancengggggggggggggggggggg ye... buat la lawa macamana pun... tetap rekod jamban paling hina pun daripada negara tanah besar ye...
Quote Supersirap 15-8-2023 02:40 PM
wow memang betul-betul cantik maa
Quote anony-mous 15-8-2023 02:41 PM
noell replied at 15-8-2023 01:02 PM
tp rakyat dia still kencing berak tepi jalan ironi sgt

Patut la tandas tu boleh menten bersih suci sbb ummah dia xguna tandas kalau nk kencing berak
Quote supernaturalee 15-8-2023 04:51 PM
Samerosie replied at 15-8-2023 01:25 PM
Hahaha sebab ada sign tu "Ala syurga dunia" gitu.  Yg china punya ala istana.

die menunggang tuuu
sampai ke toilet!


Quote jejaka_hensem 15-8-2023 04:58 PM
Samerosie replied at 15-8-2023 01:17 PM
Tandas kayangan di Kelantan tersenyum sinis.

Ada air tak sis?
ke main selet dulu,basuh kemudian?
Quote Skuau 15-8-2023 04:58 PM
anony-mous replied at 15-8-2023 02:41 PM
Patut la tandas tu boleh menten bersih suci sbb ummah dia xguna tandas kalau nk kencing berak

ya betul..siap vera dlm/kt lif lg...
Quote Jitu 15-8-2023 06:07 PM
best lg yg kat kelantan tu
blh bt air minuman pastu layan tv sambil memerut
Quote Samerosie 15-8-2023 07:30 PM
jejaka_hensem replied at 15-8-2023 04:58 PM
Ada air tak sis?
ke main selet dulu,basuh kemudian?

Eh ada.  Air basuh gunakan water dispenser yg sama buat kopi tu.
Quote Samerosie 15-8-2023 07:30 PM
Jitu replied at 15-8-2023 06:07 PM
best lg yg kat kelantan tu
blh bt air minuman pastu layan tv sambil memerut

Euwww air kopi sama kaler dgn yg dlm jamban.
Quote Samerosie 15-8-2023 07:31 PM
supernaturalee replied at 15-8-2023 04:51 PM
die menunggang tuuu
sampai ke toilet!

Kalau syurga dunia mcm jamban ni, baik le kami jadi zombie.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.159755 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top