CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM Mohon Notis Merah Kes Menantu Muhyiddin

15-8-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1919| Komen: 10

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan notis merah berhubung kes membabitkan menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM berhubung bantuan yang diperlukan.

"Tindakan akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diberikan dan permohonan notis merah yang mana kita terima secara lisan," katanya.


FB

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melihat sebarang bentuk bantuan yang diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melibatkan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan, SPRM akan meminta kerjasama Jabatan Imigresen bagi membekukan pasport Muhammad Adlan, yang merupakan menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu kerana diperlukan bagi isu rasuah, penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.

Pada Isnin lalu, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, yang beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 16-8-2023 09:23 AM
kalau tak lari, kenapa sampai nak keluar notis merah?
Quote Kemaruk-Taikk 16-8-2023 09:48 PM
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2023 09:50 PM
[youtube]Q9WPcwp4d-Q[/youtube]
Quote pokokmeranti 16-8-2023 09:57 PM
X habis urusan perniagaan di luar negara?? Apa nk rakut, pak mentua baru lepas dan bebas 4 kes
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2023 09:58 PM
#PNbest    
Quote Kak-Rohana 25-9-2023 08:47 AM
Tak balik lagi kan?
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 11:46 AM

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 11:46 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.139422 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top