|
Tidak seperti dahulu yang hanya terbuka kepada orang berada, kini percutian di atas kapal mewah cruise boleh dinikmati sesiapa sahaja dengan harga yang tidak terlalu 'kayangan' ditawarkan agensi pelancongan.
Pun begitu, malang nasib seorang wanita bernama Azura apabila penantiannya selama berbulan-bulan mahu membawa keluarga bercuti menaiki kapal cruise ranap sekelip mata. Setibanya pada hari bertolak di Port Klang Cruise Terminal, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen (kecuali seorang anak) gara-gara masalah pasport yang hampir tamat tempoh. Dia yang tidak tahu mengenai prosedur pasport yang perlu diperbaharui cukup terkilan kerana maklumat penting sebegitu tidak dimaklumkan agensi pelancongan terbabit. Hatinya bertambah pilu apabila si anak sudah terlalu teruja menyaksikan cruise depan mata mereka dan tiada siapa menduga percutian mereka terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Difahamkan, ejen terbabit juga tidak menjawab panggilannya dan berharap kos sebanyak RM5,000 dipulangkan semula ataupun tiket cruise sama digantikan dengan trip lain. Menerusi ruangan komen, ramai juga netizen mempertikaikan mengapa ejen pelancongan tidak memaklumkan tentang urusan memperbaharui pasport kepada Azura. Dalam isu ini, mereka menyifatkan wang harus dipulangkan semula kepada Azura. Sumber: Kisah Dunia
|


pasport iols tiba di srinagar dr delhi jam 7pm.. pasport tu dijumpai masa flight yg sama landed di delhi. staff & petugas yg cek berkali2 dan kata takde tu, entah camne dia cek.. cek kt seat aje kot tanpa selak2 pocket dpn... sabar jela
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.789874 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.