CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi Sedar Disuruh Berundur Tapi Tetap Enggan "Saya Berikrar Akan Dapatkan Semula Keyakinan Masyarakat"

15-8-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6961| Komen: 96

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melafazkan ikrar untuk memperbaiki nasib parti, susulan prestasi buruk Umno dalam enam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Namun Zahid yang juga presiden parti itu tidak menyatakan sama ada kenyataannya itu bermakna beliau akan melepaskan jawatan.


“Saya sedar tentang gesaan sebegitu (untuk dia berundur). Apa yang saya boleh berikrar ialah saya, dengan bantuan kepimpinan parti, akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi dengan mengguna pakai yang baharu, supaya dapat memenangi hati serta minda pengundi sekali lagi,” katanya kepada The Star.

Foto: The Star

Gesaan supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti sejak Umno menunjukkan prestasi buruk dalam enam pilihan raya negeri Sabtu lalu, apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.


Ia kehilangan semua kerusi yang ditandinginya di Terengganu dan Kedah dengan hanya menang dua di Pulau Pinang dan Selangor serta satu di Kelantan.

Bagaimanapun, pemilihan lebih baik di Negeri Sembilan dengan 14 kerusi.

Ahmad Zahid berkata beliau sedar ada pihak dalam parti yang mahu beliau bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan.

“Ini bukan kali pertama presiden Umno didesak untuk berundur.

“Ia pernah berlaku sebelum ini, termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Datuk Seri Najib (Razak), apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya.

Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada 2009, setahun selepas pilihan raya umum ke-12, di mana Barisan Nasional menunjukkan prestasi buruk.

Pada 2018, Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno selepas BN kalah dalam pilihan raya umum.

“Walaupun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya, seperti yang (Datuk Seri) Johari (Abdul Ghani) tegaskan, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya.

Johari, salah seorang daripada tiga naib presiden Umno, berkata semua pemimpin Umno mesti memikul tanggungjawab untuk prestasi buruk Barisan.

Umno adalah satu-satunya parti Barisan yang mengambil bahagian dalam enam pilihan raya negeri.

Ahmad Zahid berkata antara isu yang perlu ditangani ialah kerjasama parti itu dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu,” katanya.

Tambahnya, disebabkan itu terdapat ahli Umno yang masih keliru dengan kerjasama tersebut.

Ini, katanya, mungkin menjejaskan parti dalam pilihan raya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 15-8-2023 12:06 PM
gila tebal muka dia ni.. cai pun sama tetap mendokong pucuk, wlau pucuk tu dah layu
Quote kemaruk 15-8-2023 12:14 PM
Setuju

Cuma chatgpt jer yang boleh ganti wak jahit
Quote noor2 15-8-2023 12:15 PM
Jenis x reti bahasa dia ni...
Quote noor2 15-8-2023 12:16 PM
Segala pertuduhan ko tu yg rakyat nampak..ko nk yakinkan rakyat cane lagi...kena masuk penjara dulu ..jalani hukuman dulu
Quote naina 15-8-2023 12:27 PM
Sebab utama ko lah Jahid
Tak perlu pun kotakan ikrar ko tu yang akhirnya memusnahkan negara je
Dah tua dah pencen pun sebenarnya untuk usia ko
Sudah2la la kejar dunia
Muka pun dah lain
Quote Binodino 15-8-2023 12:27 PM
Masalahnya bukan setakat rakyat tolak kau, akar umbi umno sendiri pun tolak kau. Tu yang mereka lebih rela pangkah PN dari pangkah calon PH-BN. So berundurlah secara terhormat. Orang sayang umno, tapi tak sayang kau. Tolong reti bahasa
Quote mamajawie 15-8-2023 12:28 PM
geli la tgok muka latest dia cm biawak komodo
Quote pinggan 15-8-2023 12:30 PM
Yelah. Letak jawatan nnt, diorang sumbat masuk jel. Takut lah wak pun
Quote krustykrab 15-8-2023 12:32 PM
Tgk lah betapa tk bermaruahnya & tak de rasa malunya sekoq ni. Mmg dia nk tarik parti jatuh sekali dgn dia. Yg dok sokong dia kalau tk nmpk lagi tu mmg bebal lah. Dia sorg pun korg tak boleh lawan. Knp korg takut sgt dgn dia haaaaa?
Quote kaseh80 15-8-2023 12:33 PM
KETeqaqqq sgt ni

Quote SedihPedih 15-8-2023 12:34 PM
haritu dia buat prosedur tebalkan kulit sekali ke?

mesti letak banyak numb cream kt muka dia hari2 sampai xde rasa dh


kak long tu pun sama
Quote Cyempaka 15-8-2023 12:37 PM
Muka xtau malu. Dia melampau sbb ada pengikut bengap dibelakang dia. Bertahan sajalah wak hingga PRU16.. nescaya lebih ramai yg beralih arah. Last2 tinggal dia dgn anak menantu dia je dlm umno
Quote laksmanabentan 15-8-2023 12:37 PM
kerlassss ko Wak Jahid....
berjuang habis-habisan sampai settle kes Yayasan Budi tu...
kaut jangan tak kaut.....

jangan pernah mengundurkan diri wokey...
standby kan Puad tu tuk prepare segala sessi backup dan jilatan.... hahahahhaahaa....
Quote makneng 15-8-2023 12:39 PM
Eh plis laaaa…..dia ni bebal ke bebal ek???
Quote stingerpressor 15-8-2023 12:41 PM
And how on earth do you intend to do that?

Quote TomyamPuteh 15-8-2023 12:42 PM
Kulit muka Jahid ni made of pig skin ke?
Quote krustykrab 15-8-2023 12:43 PM
Cyempaka replied at 15-8-2023 12:37 PM
Muka xtau malu. Dia melampau sbb ada pengikut bengap dibelakang dia. Bertahan sajalah wak hingga PRU ...

Dia president, menatu naib president, kaklong + bini ajk
Quote noell 15-8-2023 12:43 PM
hahahahahahahaha melingkopla umno
Quote krustykrab 15-8-2023 12:44 PM
pinggan replied at 15-8-2023 12:30 PM
Yelah. Letak jawatan nnt, diorang sumbat masuk jel. Takut lah wak pun

Alah apa susah, buat² la masuk icu, tak leh bangun

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035994 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top