CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Maut Manakala Puluhan Terperangkap Kuil Purba Runtuh Akibat Hujan Lebat

15-8-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1904| Komen: 6

Insiden kuil Hindu purba di Shimla, ibu negeri Himachal Pradesh, India, ranap akibat tanah runtuh, pada Isnin menyebabkan sekurang -kurangnya sembilan maut manakala puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap.


Pada masa sama, ratusan jalan ditutup dan sebahagian landasan kereta api Kalka-Shimla dihanyutkan air susulan hujan lebat yang melanda negeri utara India itu.


Pradeep Kumar/Associated Press

Menurut laporan BBC, keseluruhannya hampir 50 orang maut dalam insiden berkaitan hujan dalam tempoh 24 jam yang lalu di negeri itu.

Terdahulu, Ketua Menteri, Sukhvinder Singh Sukhu yang melawat lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 20 hingga 25 orang terperangkap di bawah runtuhan kuil tersebut.

Beliau turut berkongsi di media sosial kejadian banjir kilat dan hujan sangat lebat yang turun secara tiba-tiba, berlaku di bahagian lain di negeri itu, mengorbankan 14 nyawa.


Menerusi perkongsian video, Sukhvinder memperlihatkan kejadian di Mandi, di mana aliran air yang kelihatan seperti sungai bergerak menuruni bukit di atas jalan-jalan utama dan rumah-rumah.



Menyifatkan perkara itu sebagai 'membimbangkan', beliau berkata, tujuh orang telah dihanyutkan air dalam insiden itu.

BBC melaporkan, ribuan pelancong melawat Himachal Pradesh setiap tahun, terutamanya Shimla, untuk menikmati cuaca sejuk dan panorama menarik.

Bagaimanapun, negeri itu mengalami hujan lebat semasa musim tengkujuh, mencetuskan banjir dan tanah runtuh.



Video yang dikongsi di media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukkan kenderaan dan bangunan dihanyutkan air sungai, pokok tumbang menimpa kenderaan dan pelancong terkandas akibat penutupan jalan.

Sukhvinder merayu kepada orang ramai supaya diam di dalam rumah dan tidak menghampiri kawasan sungai.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 15-8-2023 01:31 PM
Takziah kpd keluarga..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.026537 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top