CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aziz M. Osman & Puteri Lily Tiada Masalah Isu Nafkah, Tak Akan Bawa Hak Penjagaan Anak Ke Mahkamah

15-8-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1923| Komen: 3

Bekas isteri kepada pengarah, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily menyifatkan anak sulung mereka, Puteri Nur Azzahra, 12, seorang yang matang.

"Dia mesti melalui saat hidup yang sukar sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun (anak sulung)."



IG

Demikian kata bekas isteri kepada pengarah, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily mengenai anak sulung mereka. Katanya, Puteri Nur Azzahra, 12, seorang yang matang.

"Tiada anak yang mahu melihat ibu bapa mereka bercerai. Saya tahu ia bukan satu perkara mudah untuk anak-anak.

"Dia beritahu saya tak mahu jadi selfish, apa yang terbaik untuk saya, dia kata teruskan.

"Saya beritahu Aziz anak kami kata begitu, dia sendiri terkejut. Dengan usia begitu boleh kata sedemikian.

"Anak nampak apa yang terjadi antara kami, mental health dia sangat penting. Cuma kami tidak akan aibkan mana-mana pihak," katanya kepada Melodi, baru-baru ini.



IG

Justeru, pasangan itu tidak akan membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah.

"Alhamdulillah, saya tiada masalah dengan Aziz untuk penjagaan anak-anak. Mereka boleh duduk ikut mana yang suka, nak duduk dengan saya boleh, nak duduk dengan Aziz pun boleh.

"Saya tidak bawa hak penjagaan anak-anak ke dalam mahkamah, kalau Aziz kerja saya boleh jaga anak. Kalau saya kerja, Aziz boleh jaga anak.

"Rumah kami berdua juga dekat, termasuk isu nafkah tiada masalah, semuanya okay, Allah permudahkan.

Dalam masa sama, Puteri Lily menegaskan mereka tidak mungkin akan kembali bersama.

"Saya selesa dengan keadaan sekarang, jadi ibu tunggal dan kawan baik Aziz. Saya masih uruskan syarikat bersama dia, cuma tidak boleh bersama. Saya hormat dia sebagai bapa kepada anak-anak saya yang baik," katanya yang meminta semua orang mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga supaya terus kuat mental dan fizikal. - CARI




Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-8-2023 12:30 PM
kesiannya kat lily n anak2..mesti x banyak sikit pun terasa ati dgn tok ajis ni..
Quote lazim 15-8-2023 12:38 PM
nek pida es ke punca. motip tuduh
Quote Purplehaz 15-8-2023 12:50 PM
Anak2 pun dh fhm...dh selalu hadap makpak gaduh..masam muka.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043726 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top