Seorang lelaki berkongsikan kisah dirinya dan isteri yang tabah menunggu zuriat selama 10 tahun berkahwin. Berkat doa sdan kesabaran, akhirnya mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun ujian pula datang melanda.
Selepas 3 bulan hidup bahagia mempunyai anak sendiri, lelaki berkenaan melalui tamparan hebat apabila isterinya meninggal dunia akibat masalah jantung. Sebelum meninggal arwah sempat mengadakan majlis aqiqah anak pertamanya itu. Difahamkan, bayi mereka kini sudah memasuki usia 4 bulan dan individu lelaki itu kuatkan diri menjaga anak kecil tersebut seorang diri. -CARI |
ADVERTISEMENT