CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Maut Mercedes-Benz Rempuh Lori

15-8-2023 11:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2568| Komen: 7

Seberang Perai: Dua lelaki maut apabila kereta jenis Mercedes-Benz yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori lima tan di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.


Mangsa dikenali sebagai Lim Jeng Yee, 33, dan Ong Zhong Xiang, 26 manakala yang cedera dikenali sebagai Lim Chun Hung, 23. Bagaimanapun, pemandu lori terbabit pula dilaporkan selamat.

Keadaan kereta Mercedes Benz yang remuk di bahagian hadapan selepas berlanggar dengan sebuah lori berhampiran Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.07 pagi sebelum bergegas ke lokasi dengan kekuatan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat empat mangsa yang terlibat termasuk pemandu lori.


“Mangsa iaitu pemandu dan dua orang penumpang di dalam kereta jenis Mercedes Benz telah tersepit manakala pemandu lori berada dalam keadaan selamat, katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kerja-kerja menyelamat mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa yang terlibat telah berjaya dikeluarkan pukul 4.10 pagi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat tamat kira-kira 10 minit kemudian,” ujarnya.

Difahamkan, ketika kejadian, jalan agak licin akibat hujan dan punca sebenar kemalangan masih belum dapat dikenal pasti setakat ini. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 15-8-2023 01:42 PM
Cina mabok??
Quote acik79 15-8-2023 01:44 PM
Ni laju gila ni…
Quote tumpanglalu74 15-8-2023 02:01 PM


BUKIT MERTAJAM: Two men died after the Mercedes Benz they were travelling in was involved in a fatal crash with a lorry at Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai here today.

Bandar Perda fire and rescue station operation officer Hirwan Hassan said the deceased were identified as driver Lim Jeng Yee, 33, and the back passenger, Ong Zhong Xiang, 26.

He said their friend, seated in the front passenger seat, sustained injuries.

"We received an emergency call at 3.07am about an accident involving two vehicles and rushed to the scene.
Quote Lagubestbest 15-8-2023 02:20 PM
Mansfield bar.jpg

Lori kecik2 tak wajib pasang penghadang accident ke kat belakang? Lagi seram lalu belakang lori towing, panjang dan sharp betul lantai besi kat belakang kalau tak sempat brek rempuh belakang mau putus pala.
Quote Supersirap 15-8-2023 02:38 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote kucingitam 15-8-2023 03:20 PM
kenapa lori kat lane kanan??

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046729 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top