Seorang pemuda dikenali sebagai Amy Bemy yang aktif berniaga di TIkTok meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa gangguan seksual ketika bersiaran langsung. Kata Amy, 33, dia tidak kisah untuk memperagakan seluar ketat (legging) yang dijual, namun kurang selesa apabila ruangan komen dibanjiri usikan lucah daripada segelintir penonton.
"Saya salah seorang yang jual legging. Yang masuk live saya ada pelbagai golongan. Ia bermula daripada video saya sebelum ini di mana saya cakap tak kisah berkawan dengan sesiapa. "Saya faham dalam Malaysia ada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Cuma bila segelintir mereka masuk live, komen bukan-bukan, ia mengganggu customer lain yang nak membeli. Komen itu saya anggap macam gangguan seksual. "Ada yang komen minta saya pakai legging putih. Bila dah end live, tiada siapa yang beli. Rupanya saja suruh pakai sebab nak tengok rupa bentuk macam mana, terbonjol macam mana," ujar Amy.
Amy turut menitipkan pesan kepada masyarakat agar menjaga adab ketika berinteraksi di media sosial dan menjaga batas setiap kali bergurau isu-isu sensitif. "Kalau masuk live orang, kita kena saling menghormati. Saya tak kisah sesiapa saja, saya layan semua penonton. Tapi jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. "Jangan direct tanya, minta buka itu ini. Bukan kita tak bagi masuk untuk menonton, tapi kenalah berpada-pada," ujar Amy yang menetap di Klang, Selangor. Menceritakan mengenai kariernya, Amy berkata dia mula berniaga di TikTok selepas pendapatannya terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda. "Saya memang full time berniaga live. Sebelum ini saya dalam bidang sales juga, tapi bidang tu tak berapa okay sejak pandemik Covid-19 melanda. Jadi saya mula berniaga di TikTok. "Setahun pertama sangat 'sendu', kadang-kadang kurang 10 orang yang menonton. Waktu itu saya fake, saya cuba tiru orang tapi tak menjadi. Tapi semuanya berubah bila saya jadi diri sendiri. "Alhamdulillah, sekarang dapat 3,000 ke 5,000 total views sekali live. Walaupun tak dapat lawan pencapaian orang lain, sekurang-kurangnya saya dapat lawan diri sendiri," ujarnya kepada mStar. Selain legging, Amy turut berniaga seluar kargo, t-shirt, kurta dan pelbagai pakaian lain. Sumber: mStar
|
Lagubestbest replied at 15-8-2023 12:00 PM
hanat lelaki pun dah start pakai legging skrg ni?
Suchi replied at 15-8-2023 01:12 PM
Legging ni org buat sbg kain dalam ja bila pakai baju kurung dan sewaktu dgnnya
Tp kalau iols pakai ...
ADVERTISEMENT