CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki Dicekik, Mayat Disumbat Dia Ruangan Simpanan Bawah Katil

15-8-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1650| Komen: 5

Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui di ruang simpanan bawah katil di rumahnya dengan kesan cekik di leher .

India Today melaporkan, kejadian yang berlaku di Delhi, India itu menyaksikan ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Neelu menemui mayat anaknya pada petang Khamis.


Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vichitra Veer berkata pada jam 8.30 malam, pihaknya menerima maklumat berhubung kes berkenaan daripada sebuah hospital swasta.


Gambar Hiasan

"Neelu baru pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang Khamis apabila dia menerima panggilan daripada guru tarian anaknya yang memberitahu bahawa anaknya tidak masuk ke kelas.

"Neelu tiba di rumah dan mendapati pintu utama flat mereka terkunci dari luar dan itu bukanlah perkara luar biasa kerana budak lelaki itu mempunyai kunci ganti.

Sejurus memasuki ke dalam rumah, Neelu mendapati rumahnya dalam keadaan tidak terurus lalu panik apabila tidak dapat menemukan anak lelakinya itu.


Neelu kemudian menghubungi suaminya namun panggilan tersebut dijawab oleh seorang wanita yang bertanya kepadanya, ‘apakah perasaan apabila harta benda yang paling disayangi diambil?’.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, Neelu segera memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Setelah mengeledah, dia akhirnya menemui mayat kanak-kanak malang itu yang disembunyikan di ruangan simpanan bawah katil.

"Saya membukanya (ruang simpanan bawah katil) dan mendapati anak saya terbaring tidak sedarkan diri.

"Kami bergegas membawanya ke hospital swasta di mana doktor mengesahkan kematiannya."

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Pooja, 24, dan sedang melarikan diri. Susulan itu, beberapa pasukan polis telah diarahkan untuk menangkap suspek.

Difahamkan suspek juga mengenali keluarga mangsa dan pernah berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.

Neelu dan suaminya telah memfailkan perceraian beberapa bulan lalu dan kini tinggal berasingan manakala anak lelaki mereka tinggal bersama Neelu. -CARI

Sumber: India Today, Hindustan Times 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 15-8-2023 08:55 PM
seramnya cerita ni
Quote rosedemon 16-8-2023 08:34 AM
siannya kerana dendam bdk jadi mangsa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062011 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top