CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Dan Bebas, Muhyiddin Yassin Berjaya Batal Empat Pertuduhan Salah Guna Kuasa

15-8-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2600| Komen: 10

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa bagi suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu untuk membatalkan kesemua pertuduhan berkenaan.


Sebelum ini, berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mendakwa empat pertuduhan menggunakan kedudukan yang didakwa ke atasnya adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Foto: Kosmo

Sementara itu, pihak pendakwaan selaku responden menegaskan pertuduhan rasuah RM232.5 juta dihadapi Muhyiddin tidak bersifat diskriminasi berikutan keperluan undang-undang mengikut Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah sudah dipatuhi.


Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudddin Wan Ladin, berkata tiada pelanggaran hak terhadap Muhyiddin di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggunakan kedudukannya untuk empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 Juta yang kesemuanya berjumlah RM232.5 juta.

Ia yang mana kesemua suapan-suapan itu diterima daripada tiga buah syarikat dan seorang individu.

Bagi empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 15-8-2023 10:21 AM
Edited by ayukpingu at 15-8-2023 02:23 AM

tahniah abah.

lepas ni bangnon nak guna point apa pulak nak burukkan abah?
at least tak la mcm si Jawa tu, minta gugurkan pendakwa raya masa kes masih jalan..
Quote CiliPadiSedap 15-8-2023 10:37 AM
ayukpingu replied at 15-8-2023 10:21 AM
tahniah abah.

lepas ni bangnon nak guna point apa pulak nak burukkan abah?

jawa tu kaka pelik satu je kalau xbersalah kenapa nak gabung dgn madanon? kan dulu ada leak surat sd rpk leak kan.
Quote caprut 15-8-2023 10:43 AM
ayukpingu replied at 15-8-2023 10:21 AM
tahniah abah.

lepas ni bangnon nak guna point apa pulak nak burukkan abah?

Abah masih ada lg 2 pertuduhan
Quote ayukpingu 15-8-2023 11:18 AM
caprut replied at 15-8-2023 02:43 AM
Abah masih ada lg 2 pertuduhan

ha'ah..tapi ok la kan, at least kita tau perkembangan .

yang 47 pertuduhan tu, senyap sampai ke sudah
Quote Zeatyisaac 15-8-2023 05:50 PM
Kekadang bukan tak bersalah, tapi tak dapat buktikan wujudnya prima facie.

Disclaimer: general statement.
Quote caprut 15-8-2023 06:14 PM
ayukpingu replied at 15-8-2023 11:18 AM
ha'ah..tapi ok la kan, at least kita tau perkembangan .

yang 47 pertuduhan tu, senyap sampai ke s ...

Tahun lpas digugurkan masa zaman dgn PN. Pastu team pendakwaan nk dakwa balik la. Xpham sgt term2 ni. Sama je mcm kes abah ni. Lepas tp masih nk dakwa
Quote rosedemon 16-8-2023 08:34 AM
fuyoooo kebal
Quote manopBKK 5-9-2023 10:19 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040968 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top