CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 7 Tahun Didera Ibu Dan Tomboi Akan Dibela Oleh Datuk Lepas Keluar Hospital

15-8-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3179| Komen: 22

JOHOR BAHRU – Datuk akan menjaga kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan wanita berperwatakan ‘tomboi’ di Layangkasa, Pasir Gudang apabila keluar dari hospital kelak.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas melawat kanak-kanak itu Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Foto: Kosmo

“Luluh hati saya melihat keadaan adik Iman, kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan baru-baru ini.

“Adik Iman telah dibawa ke HSI dan sedang menjalani rawatan. Saya dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas discaj dari hospital nanti,” katanya menerusi hantar laman Facebook rasmi miliknya.

Sebelum ini Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.


Katanya ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan ‘tomboi’ berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.

Kedua-dua suspek tersebut telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu di kediaman mereka.

Onn Hafiz turut menzahirkan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kes berkenaan ke talian kecemasan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail yang melawat adik Iman memberitahu dia berada dalam keadaan stabil.

Tambahnya, kanak-kanak itu juga kelihatan ceria setelah bertemu dengan ahli keluarganya yang lain.

Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah termasuklah bapa, datuk serta bapa saudaranya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EL75 15-8-2023 09:59 AM
patut yee bdk nie duduk rumah kebajikan .. terjamin masa depan
Quote CikNano 15-8-2023 10:23 AM
Kalau dekat negara barat, budak tu dah kena ambil oleh pusat kebajikan
Quote elzy 15-8-2023 10:52 AM
Back to square one kalau datuk jaga..
Andai kata datuk pula kurang berkemampuan, manalah hala tuju budak tu...
Trauma sepanjang hayat.. Apa pun semoga menjadi anak yang baik dan berjaya..
Quote makneng 15-8-2023 11:03 AM
Kenapa atuk pulak sanggup pikul beban?? Aduiii…apak budak ni idup lagi ke dak?
Quote kotakbaju 15-8-2023 11:10 AM
makneng replied at 15-8-2023 11:03 AM
Kenapa atuk pulak sanggup pikul beban?? Aduiii…apak budak ni idup lagi ke dak?

Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah termasuklah bapa, datuk serta bapa saudaranya.

Tu apaknya ada datang sama. Mungkin apaknya tinggal satu rumah sekali dengan datuk adik ni kot.
Quote Ayda89 15-8-2023 11:38 AM
Kesian lahai nasib adik ni…
Quote mizruncing 15-8-2023 11:57 AM
knp tak mention bapak dia yg jaga? bapak dia ada lagi kann. tak kisah la klu dah kawen baru ke ape. dah jadi mcm ni aku harap bapak nye bertanggungjawab laa didik anak tu. risau tak terbela budak tu jadi pendendam ke ape lama2 boleh jadi pembuli satu hari nanti
Quote Friska 15-8-2023 12:05 PM
mizruncing replied at 15-8-2023 11:57 AM
knp tak mention bapak dia yg jaga? bapak dia ada lagi kann. tak kisah la klu dah kawen baru ke ape.  ...

Bisa lihat video Iman bahagia sama ayahnya Kakak, terus ayah Iman sudah nikah baru, ada video TikToknya di trit saya Kakak. https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;fromuid=2462050
Quote KamikuP 15-8-2023 03:27 PM
Meolss benci pengkid yg dera kanak2 ye.. benci sebenci bencinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote allshares 15-8-2023 03:37 PM
kotakbaju replied at 15-8-2023 11:10 AM
Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah term ...

Atau apaknya dah ade keluarga lain? Tkt mak tiri takmau bela. Ni hanya spekuan semata2
Quote kotakbaju 15-8-2023 04:53 PM
allshares replied at 15-8-2023 03:37 PM
Atau apaknya dah ade keluarga lain? Tkt mak tiri takmau bela. Ni hanya spekuan semata2

https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;fromuid=2462050

Uols baca thread ni.

Kabarnya apak budak ni dah lama cari anak dia. Sebab anak dia maknya bawak larik.
Quote dee4ellese 15-8-2023 04:56 PM
kenapa bapak taknak jaga?
Quote otai_g 15-8-2023 04:57 PM
Mak Dan pengkid harus dihukum berat kerana mendera.
Quote salimrock 15-8-2023 05:00 PM
otai_g replied at 15-8-2023 04:57 PM
Mak Dan pengkid harus dihukum berat kerana mendera.

masuk penjara sama2 sel sama, berancuk  je la kerja mereka... ( ikut orientasi sexual mereka)
Quote intan244 15-8-2023 08:32 PM
datuk belah bapak ke mak tu
Quote B40tastePosh 15-8-2023 11:57 PM
CikNano replied at 15-8-2023 10:23 AM
Kalau dekat negara barat, budak tu dah kena ambil oleh pusat kebajikan

Sebab negara ni negara cokia Melayu Asia
Quote rosedemon 16-8-2023 08:34 AM
pandai2 la ko nak setel ek.
Quote Modngengade 15-9-2024 10:25 AM
Geng lesbianita laknatullah ke sis?
Quote Ai_kiu 15-9-2024 11:00 AM
kotakbaju replied at 15-8-2023 11:10 AM
Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah term ...

Mungkin diorang duduk serumah anak beranak tu.
Mintak2 la JKM selalu buat lawatan ke rumah utk jaga kebajikan budak tu. Pastikan dia ke sekolah serta dijaga sebaiknya.
If not, Jkm sila ambil budak ni jika didapati keluarga yg ada ni pun tak competence utk pelihara budak ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044408 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top