CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau 'Rahsia' 80-an Buat Aziz M Osman Tercengang, Filem Versi Shamyl Buat Dia Tercampak Ke Dinding!

15-8-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2031| Komen: 5

Filem Rahsia arahan sutradara berbakat, Shamyl Othman yang 'merasuki' penonton turut berjaya membuatkan pengarah, Aziz M Osman terpegun melihat keseluruhan hasil karya berkenaan.

Jika filem Rahsia hasil air tangan sifu Othman Hafsham pada tahun 80-an membuat Aziz tercengang, Rahsia versi Shamyl berjaya membuatkan dirinya ‘tercampak ke dinding.



IG

Selain Aziz, Rahsia juga sebelum ini mendapat pujian daripada personaliti media sosial antaranya Imran Bard dan Azfar Heri.

Imram menyifatkan jalan cerita Rahsia sebagai berbeza berbanding filem seram Malaysia yang lain.

Untuk info, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading ini juga telah meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta selepas tiga hari ditayangkan.



Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan Noor Kumalasari, kini dilakonkan Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.


SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. 

Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-8-2023 10:08 AM
Boleh tak jgn mintak review dari celebrity socmed yg sah2 pi tgk free..
Quote _kelly 15-8-2023 10:21 AM
lahh..yang imran bard dengan azfar heri tu apa kredebiliti sampai boleh masuk artikel..tah pape
Quote I.K.A888990 15-8-2023 12:21 PM
tgu kat setero sajork laaaa nampaknya
Quote prince_marhaen 15-8-2023 12:24 PM
meols yang kurang tonton movie tempatan bagi 8/10 yee...... dia tak seram hantu sangat, tapi jumpscare dia banyak nak mampos...penat meols ngan kawan meols menjerit kuat-kuat ahahahahahaha... lakonan abil cam biasa lah, memang pelakon, cuma laki dia si fikry bulu2 tu so lemau ye..bosan nak mampos... mungkin memang character gitu... overall not bad...ikhlas meols puji not bad... tapi boleh je kembangkan lagi cerita..banyak potong2..bosannn...
Quote She-Ra 15-8-2023 12:38 PM
dh tonton malam td, 8/10
jalan cerita menarik, buat kita berteka teki dan nak tau kisah selanjutnya
cuma mcm munafik tu lg kuat jalan ceritanya dan dkt dgn keadaan semasa
jumpscare terlalu kerap dan boleh buat kita rasa hilang seram tambahan pulak dgn gangguan jiran sebelah menyebelah duk 'bermantra' "bila nak abis ni bila nak abis ni" pastu disulami gelak tawa.. haiyooo potong aaa.. kalau menjerit, iols ok lg..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030239 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top