CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesi Soal Balas ‘Panas’ Bila Zeti Minta Tunjukkan Bukti Keluarga Terima Wang 1MDB

15-8-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1944| Komen: 3

Sesi soal balas menjadi ‘panas’ apabila bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendesak peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menunjukkan bukti ahli keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ia berikutan tindakan Muhammad Shafee menunjukkan kepada Zeti akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh suami wanita itu, Datuk Dr Tawfiq Ayman yang antara lainnya menyatakan bahawa beliau (Tawfiq) melucutkan haknya terhadap sejumlah wang dalam syarikat Cutting Edge Industries Ltd yang perlu dipulangkan semula kepada 1MDB.

Menjawab soalan mengenai syarikat terbabit, Zeti menafikan beliau mengetahui perjalanan operasi syarikat tersebut termasuk akaun syarikat, wang dalam akaun syarikat dan pelanggan syarikat yang mana suaminya merupakan salah seorang pengarah.


Zeti Akhtar Aziz tiba di mahkamah sebagai saksi dalam perbica­raan kes penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/M Firdaus M Johari


Selepas ditanya berulang kali soalan yang hampir serupa, Zeti kemudian mencabar Muhammad Shafee untuk menunjukkan kepada dokumen yang menunjukkan transaksi sedemikian.

Kedua-dua individu itu dilihat saling berbalas kata sehingga terpaksa ditenangkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang hari ini bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Sequerah: Tan Sri Zeti, adakah awak masih mengekalkan keterangan bahawa awak tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara ini.

Zeti: Ya, Yang Arif.

Hakim Sequerah: Tan Sri Shafee, saya rasa elok awak masukkan perkara ini dalam hujahan awak nanti. Saya benarkan awak bertanya soalan berkait kredibiliti saksi tetapi ada batasannya.

Muhammad Shafee: Baik Yang Arif tapi mohon ingatkan kepada saksi bahawa saya yang bertanya soalan dalam prosiding ini. Beliau hanya perlu menjawab sahaja.

Hakim terbabit juga sempat menasihati Muhammad Shafee bahawa beliau membenarkan soalan-soalan untuk mencabar kredibiliti saksi namun ia perlu ada batas.

Pada peringkat awal soal balas, Zeti memaklumkan bahawa suaminya, Tawfiq yang menjalankan perniagaan berhubung pengurusan aset di Singapura telah membuat laporan kepada pihak berkuasa di Singapura.

Ia berkait mengenai sejumlah wang yang didepositkan ke dalam akaun syarikat Tawfiq oleh satu pelabur melalui satu transaksi yang meragukan.

“Suami saya telah menulis surat kepada institusi kewangan Singapura mengenai transaksi terbabit dan meminta pihak perkuasa untuk memulangkan wang tersebut kepada pelabur. Saya percaya, pihak pembelaan menyoal mengenai wang tersebut kerana ia telah dipulangkan ke sini, ke Malaysia,” kata Zeti.

Ditanya sama ada beliau boleh mengemukakan surat yang disebut, Zeti memaklumkan bahawa surat berkenaan berada dalam simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, Gabenor wanita pertama Bank Negara memberitahu, serbuan di AmBank (M) Berhad di Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015 mendedahkan bahawa akaun-akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menerima kemasukkan wang berjumlah RM3.2 bilion.

“Jumlah tersebut lebih tinggi daripada apa yang dikatakan olehnya (Najib) sebelum ini,” kata Zeti.

Tambahnya, melalui serbuan tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati AmBank telah menyembunyikan maklumat penting mengenai transaksi-transaksi membabitkan akaun Najib di bank berkenaan.

“Daripada menunjukkan bahawa transaksi dana telah dimasukkan ke dalam akaun Najib, Ambank melalui Sistem Transaksi Antarabangsa (ITIS) telah menyembunyikan beberapa peringkat transaksi dana yang menunjukkan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank dan bukannya akaun Najib,” kata wanita itu.

Selain itu, Zeti memberitahu, sehingga beliau bersara pada 30 April 2016, Najib tidak pernah bertanya mengenai transaksi-transaksi melibatkan akaun-akaun peribadinya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 15-8-2023 09:46 AM
Dah org iteww sebut dia teda berpengetahuan...ko jolok dgn soklan soklan yg luar tabii just to test her credibility...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.031441 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top