CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Rasa Sangat Bertuah Watie Seorang Yang Mendengar Kata

15-8-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2479| Komen: 17

“Lama-kelamaan, orang akan sukakan kita dan perkara itu memang terbukti."

Penyampai radio Suria FM dan pelawak Shuib bersyukur kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan isterinya, Watie Hanifiah akhirnya mengetepikan persepsi buruk ramai terhadap dirinya.



IG

Justeru, Shuib bersyukur dengan penerimaan baik oleh masyarakat terhadap pempengaruh itu sebagai isterinya.

“Saya sangat bertuah kerana Watie seorang yang mendengar kata. Sebelum ini, saya ada pesan, kalau netizen ada bercakap apa-apa, buat tak tahu atau abaikan dan dia pun ikut sahaja.

“Apa yang dia ingin kongsikan di media sosial, dia akan bertanya dahulu. Alhamdulilah, sekarang ini pula, orang ramai sudah semakin sukakan Watie," ujarnya.

Katanya kepada Media Hiburan, bila kita berada di pihak yang benar, percaya dan pertahankan apa yang kita lakukan, Allah akan bantu.


“Ketika kemunculan kami di program Meletop, Watie sangat takut dengan respon netizen. Selepas akhir rancangan, dia tak nak tengok telefon. Dia sangka orang akan mengutuk cara dia bercakap di hadapan kamera.

“Namun, hal sebaliknya pula yang berlaku. Rupa-rupanya netizen sukakan Watie disebabkan kejujuran dan keikhlasan dia. Alhamdulillah, kami sentiasa percaya dengan percaturan Allah SWT.

“Walaupun, pada mulanya kami merasakan situasi ini amat memeritkan, tapi selagi mana kita ikhlas, buat perkara yang betul dan baik, Allah mesti bantu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai soal perancangan zuriat, Shuib memaklumkan dia dan isteri kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan empat orang cahaya mata ini terlebih dahulu.



“Watie bagitahu saya yang dia belum bersedia kerana dia merasakan Ayash masih kecil lagi. Kami pun masih ada tiga orang anak yang semakin membesar. Jadi, untuk menjaga empat orang anak, bukan mudah.

“Uwais, Talita dah Matin tengah melalui satu momen di mana sebagai ibu bapa, kami kena sentiasa dekat dengan mereka. Saya kena berkawan dengan mereka.

“Namun ada kalanya saya sibuk. Jadi, Watie yang akan galas tugas tersebut. Sekarang ini, anak-anak pula banyak bercakap dari hati ke hati bersama Watie. Ajaib sungguh aturan Allah ini,” akhirinya.




Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 15-8-2023 09:25 AM
Ni tred yg ke berapa psl Soeb?
Hot betul Soeb kat board ni
Bederet tred
Quote drivethru 15-8-2023 09:48 AM
Wartawan tahi forum cari ni di bayar oleh soeb ke?
Hari2 ade jer wartawan tahi cari keluar cerita dia yg entah ape?
Quote Fly_over 15-8-2023 09:50 AM
fedup le hakuuuu dgn cari ni. tak lekang cite psl soeb
Quote mieyrasfea 15-8-2023 09:51 AM
kerap juga ya wartawan up pasal suib ni
Quote IvyGorgon 15-8-2023 10:59 AM
Baru kahwin memang lah semua wangi soeb oiiiiiiiiiiiii
Quote babelina 15-8-2023 11:13 AM
halloooooooooooooooooooo au xnk bc tajuk pn pasal dia nie lg ye..tlg laaaaa wartawan cari nie.. citer lain la pula.. cikit2 dia..
Quote jejaka_hensem 15-8-2023 11:37 AM
Semalam rasa terpinggir,harini bertuah pulak.
Quote Burong_Hantuk 15-8-2023 11:58 AM
  
Quote cikatilia 15-8-2023 12:10 PM
semua shuid rasa watie kata mak mertua rindu bapak mertua rindu anak2 terabai la harey jadah wehh... sudah2 la thread soebbb
Quote Dolmat 15-8-2023 12:20 PM
Ehhhh korang post2 dalam ni dorang laki bini bayor korang ke hanats?????

Semakssss!!!

Quote tenggiripink 15-8-2023 12:26 PM
igt dah kahwin setel dah tamat episod tered soeb watie
eh ada saja hari2 ye tered baru
Quote lattehazelnut 15-8-2023 12:32 PM
tenggiripink replied at 15-8-2023 12:26 PM
igt dah kahwin setel dah tamat episod tered soeb watie
eh ada saja hari2 ye tered baru

Omg even dah hilang inai pun asik lah kuar berita diorg..
Belum kalau mengandung.. mau tiap jam kuar thread..
Quote makadek 15-8-2023 12:41 PM
Lebar besar betul muka wati ni ye mcm berat gitu..

Ermmm sood ni mcm
Nabila razali dan dak iman toyee
Kita kena paksa terima diorg
Quote HoneyManjer 15-8-2023 01:01 PM
mmg kena tayang teteks ke...
adeh...semoga aku tak terjerumus macam tu la...
also...

wangi lagi kan....dengar la cakap....................
entah la...
semoga diri ini pun menjadi isteri yg mendengar kata padda suatu hari nanti
Quote menjad 15-8-2023 01:15 PM
moga watie cepat2 mengandung... keibuan sungguh nampak nya. kami pun kini disibukkan dengan macam2 thread... watie ni, watie tuhhhh, watie ketawa mengilai, watie cium mateen, dll. terus cbuk kan kami dengan cerita harian korang. suap lah lagi sampai ajm.
Quote tenggiripink 15-8-2023 01:42 PM
lattehazelnut replied at 15-8-2023 12:32 PM
Omg even dah hilang inai pun asik lah kuar berita diorg..
Belum kalau mengandung.. mau tiap jam ku ...

krg watie pregnant dah keluar tered ngidam itu ini lah, teka gender baby
berjahit je lah tered mereka kt cari kikikiki
Quote kalchi 15-8-2023 01:49 PM
Shibal laa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.097960 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top