CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tukar Nama Bukti Konsert Melenia Live In Kuala Lumpur Bukan ‘Murahan’

14-8-2023 10:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7147| Komen: 11

Penganjur Konsert Goyang Asia Koplo Milenia bertindak menukar nama acara yang menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia kepada Konsert Milenia Live in Kuala Lumpur.

Pengarah Projek Mission Sight Sdn. Bhd, Riezman Khuzaimi, berkata penjenamaan semula konsert yang dijadualkan pada 30 September nanti itu juga akan tampak lebih universal.



Belum pun bermula, konsert mega yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam telah menjadi sasaran kritikan mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.

“Demi membuang persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, Konsert Goyang Asia Koplo Milenia telah dijenamakan semula kepada Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur.

“Pihak kami sedar apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ada yang menyangka kemunculan barisan penyanyi nanti disertai tarian seksi, namun itu semua sekadar tanggapan,” katanya dalam satu kenyataan.


Selaku penganjur yang bertanggungjawab, kata Riezman yang juga pelakon, setiap penyanyi terutama dari Indonesia iaitu Siti badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena diingatkan tentang garis panduan persembahan.


“Sejak awal lagi mereka tiada masalah untuk akur dengan ketetapan dan menghormati garis panduan bukan hanya pada persembahan, bahkan meliputi penampilan pada malam tersebut.

Sebagai penggiat seni, Mission Sight lebih teruja menonjolkan seni dalam muzik itu sendiri tanpa membawa elemen negatif seperti mana tanggapan pihak tertentu.

“Kami hanya menjual irama dan lagu, bukan unsur negatif tarian dan gelek lucah macam yang dituduh ketika pengumuman konsert ini,” katanya lagi.

Selain empat barisan penghibur terkemuka seberang, Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur turut dimantapkan lagi dengan kemunculan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina dan Ani Maiyuni.

Pada masa sama, Riezman turut mengumumkan penjualan tiket harga rahmah sempena Merdeka yang memberi peluang peminat berhibur dengan potongan diskaun sehingga 50 peratus.

“Ini adalah konsert pertama Mission Sight yang sebelum ini berpengalaman luas dalam penganjuran acara serta festival mega.

Kami ingin berkongsi kemeriahan dengan membuka peluang kepada lebih ramai penggemar muzik menikmati genre dangdut, selain memberi potongan 50 peratus bersempena bulan kemerdekaan.

“Harga istimewa ini turut ditawarkan kerana kami merancang mengadakan konsert untuk malam ke dua dan jika terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain dapat turut serta.

“Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual,” katanya.


Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-8-2023 01:13 AM
Ramai ke yang layan lagu2 dangdut ni
Quote lovelytouch 15-8-2023 01:45 AM
Perawankota replied at 15-8-2023 01:13 AM
Ramai ke yang layan lagu2 dangdut ni

Ramai dekknon muzik tiktok korang tu pun kemain banyak dangdut. Tapi apsal tajuk hodoh? Goyang tu ok dah koplo doplo tu ja nampak indon sangat. Buatlah bunyi Malaysia sikit khennnn
Quote anony-mous 15-8-2023 01:51 AM
The new name is even worse baik la kekalkan nama sblm. Kurang2 x tertipu nk beli tiket. Milenia? So yesteryear mcm kembali ke thn 2000
Quote Thunderclouds 15-8-2023 07:15 AM
Bala..bala..
- Lobai
Quote dua_chzy 15-8-2023 07:56 AM
lovelytouch replied at 14-8-2023 05:45 PM
Ramai dekknon muzik tiktok korang tu pun kemain banyak dangdut. Tapi apsal tajuk hodoh? Goyang tu  ...

BM tak catchy macam B.Indon.
Quote zeetot 15-8-2023 08:00 AM
Yakinnya stadium melawati.
Quote kkm123 15-8-2023 10:17 AM
Ramai ke yang layan lagu2 dangdut ni
Quote AnnaSendin 15-8-2023 11:20 AM
Ajaklah sahiba saufa biar terjojol mata lobai
Quote Prickford 15-8-2023 11:23 AM
Cleocatra replied at 15-8-2023 02:50 AM
Pengarah projek tu
Kemain lagi
Modal bini

Opkos la dari bini. Ikutkan diri sendiri apo je adooo
Quote tobobon 15-8-2023 11:24 AM
mohon geng kaki step baju bunga2 datang memeriahkan konsert

[tiktok]https://vt.tiktok.com/ZSLb5E2J3/[/tiktok]

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055587 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top