CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bakar Suami Kedekut Duit Buku Sekolah Anak

14-8-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6551| Komen: 4

Jakarta: Seorang wanita di Kalimatan Barat, Indonesia, bertindak membakar suaminya yang ketika itu sedang tidur di kandang lembu

Wanita dikenali sebagai TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka.


Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.

Mangsa melecur teruk akibat dibakar isterinya. - Polis Kubu Raya

Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur.

“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.

Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.


“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.

Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 15-8-2023 07:32 AM
Patut la friska sondol jantan Malaysia. Laki indon buku Pon kedekut xmampu beli. Teruk nya jantan kaum ko ni friska
Quote dua_chzy 15-8-2023 07:44 AM
Dah sudah2 la bitter dengan Friskies tu. Kena troll saja korang semua.
Quote noor2 15-8-2023 07:52 AM
Org tgh marah mmg lost control..jd jgn dicabar...hmm..serius..jgn sesekali mencabar org tgh marah ..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049790 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top