CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bunuh Bapa Tiri Curang Dengan Menantu

14-8-2023 08:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7545| Komen: 10

Jakarta: Seorang lelaki di Serang, wilayah Banten memukul bapa tirinya menggunakan kayu sehingga mati selepas mengetahui mangsa menjalin hubungan terlarang dengan isterinya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.


Ketua Polis Serang, Komisioner Polis Tedy Heru Murtianto berkata, Saeful Rohman, 32, baru mendapat tahu mengenai kecurangan isteri dan bapa tirinya walaupun kedua-dua mereka sudah berlaku curang sejak empat tahun lalu.

Polis menemui kayu yang digunakan untuk membunuh mangsa. - Z Creators/Mamo Erfanto

“Setelah mengetahui kecurangan itu, mangsa telah diusir dari rumah oleh pelaku,” katanya.

Namun, Tedy berkata, selepas dua hari dihalau, mangsa, Pery Sundandar, 52, kembali ke rumah tersebut untuk mengambil telefon bimbit yang pernah diberikan kepada isteri suspek iaitu menantunya sendiri.


Menurutnya, kedatangan mangsa membuatkan suspek kembali naik darah lalu kedua-dua mereka bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

“Suspek terus pergi ke belakang rumahnya untuk mengambil kayu. Dia kemudian memukul mangsa sehingga dia meninggal dunia.

“Polis telah menahan suspek,” kata Tedy. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-8-2023 08:43 PM
Selayaknya.
Quote plywood 14-8-2023 08:44 PM
bahana cret...
Quote noell 14-8-2023 08:45 PM
pompuan tuh bodoh skendel dgn pakmentua buat hapa mai la keja kat malaysia untung2 bole kawin dgn engineer gaji 5K bodoh sggh
Quote lanacondor 14-8-2023 09:07 PM
Apa ni friska.. memalukan la kaum ko ni. Main dgn bpk mertua pulak tu.
Quote Delifrance 14-8-2023 10:44 PM
Dgn bapak mertua pon jalann. Yihhh sangat. Nak gatal pon mcm la tak ada org lain. Dasar goblok
Quote B40tastePosh 14-8-2023 10:50 PM
Serang Menyerang di Serang

Quote tikusmontok 15-8-2023 02:41 AM
"Saya jadi malu kaka"
- friska babu ndon garit -
Quote pocongkiutss 15-8-2023 02:44 AM
Yg perempuan pun garik nak mamp

Kalau tak melayan..tak jadi
Quote KamikuP 15-8-2023 10:03 AM
eee very the kinky the caprut ini

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.151986 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top