|
Seorang lelaki berbangsa India berang selepas beberapa percubaan untuk menyewa rumah gagal gara-gara sikap penyewa yang didakwa memainkan sentimen perkauman sehingga tidak berlaku adil. Dalam satu hantaran di Twitter miliknya, lelaki itu buntu kerana sudah lebih sebulan mencari rumah baharu untuk disewa, namun semuanya ditolak hanya kerana berbeza bangsa.
“Saya sangat kecewa, menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab, tidak merokok dan tidak minum alkohol langsung tidak membantu saya terlepas daripada diskriminasi perkauman terutamanya dalam mencari tempat untuk disewa,” katanya. Dakwa lelaki itu, ini bukan kali pertama dia dilayan sebegitu dan rata-rata penyewa hanya mengutamakan bangsa Melayu dan Cina. “Diskriminasi yang ditonjolkan ini bercanggah dengan prinsip keadilan dan hak sama rata di negara ini,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan komen mendapat orang ramai bersimpati dengan keadaan yang dialami lelaki itu terutamanya di negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Sumber: Kosmo! Online |
Mulotkoyak: Tu laaa.. Tp kesian. Harap kat ...
gigahertz replied at 15-8-2023 08:39 PM
kalau sama bangsa tapi lain agama x nak bagi sewa jugak kan.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.601799 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.