CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelanggan Minta Ganti Rugi Kasut Dior Rosak Kena Gam, Penggubah Hantaran Terus 'Refund' Enggan Panjangkan Isu

14-8-2023 05:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6565| Komen: 31

Seorang penggubah hantaran berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelanggan yang menuntut  ganti rugi bagi harga sepasang kasut tumit tinggi berjenama Dior.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Yuna Zalee itu menggunakan pita pelekat berwarna hitam pada bahagian tapak dan tumit kasut koleksi J'Adior supaya tidak tercabut semasa dulang hantaran dibawa.



Namun kesan gam yang tidak dapat ditanggalkan membuatkan pelanggannya berasa kecewa dan meminta ganti rugi.

Tidak cukup mesej secara peribadi, pelanggan terbabit turut didakwa menularkan isu berkenaan di Instagram bagi meraih perhatian netizen.

Enggan terus memanjangkan isu terbabit, Yuna akhirnya segera membayar ganti rugi kasut yang dikatakan berharga RM4,900 itu menerusi satu transaksi dalam talian.

Sebelum itu Yuna turut memohon maaf kerana tidak menjangkakan kerosakan seperti itu akan berlaku.



"I dah cuba letak kasut tanpa gam tapi risau terbalik semasa bawa dulang nanti. Sebab itu letak double tape pada tapak. I minta maaf tak perasan kasut boleh jadi macam tu, sebab malam I dah try dulu untuk letak.

"It's okay I ganti even you pun dah viralkan. Kasut Dior tu bagi dekat I sebab I dah refund duit kasut you,"" ujarnya.

Selepas membuat bayaran, Yuna meminta supaya kasut tersebut diserahkan kepadanya bersama resit pembelian.

Pun begitu, dia tidak menyangka pelanggannya akan mempersoalkan kerosakan pada setiap kotak yang rosak dengan menyatakan ia dibeli di butik jenama mewah selain enggan menyerahkan resit belian.

Malah mereka enggan memulangkan dulang hantaran sebaliknya meminta Yuna mengambilnya sendiri.

Ketika dihubungi mStar, Yuna menyatakan bayaran ganti rugi tersebut dibuat atas dasar bertanggungjawab dengan kerosakan yang berlaku.


"Saya rasa ada tanggungjawab, saya terus refund," luahnya ringkas.

Namun Yuna mengakui silap kerana bertindak membuat bayaran ganti rugi sebelum resit pembelian asal dikongsikan kepadanya.

Pada masa sama, dia berharap kes tular tersebut selesai dengan cepat.

"Saya nak kes ni selesai cepat tapi cara pelanggan saya sangat kurang beradab dan tak appreciate dengan setiap kerja yang saya dah jalankan untuk dia.

"Dia viral saya di Instagram dia sendiri dahulu sebelum saya tularkan di TikTok," luahnya lagi yang menerima pulangan RM200 selepas pelanggan terbabit menyatakan tersalah melihat harga kasut.

Tambah Yuna pelanggan terbabit sudah memberikan kasut tanpa resit bersaiz 34 itu kepadanya.

Yuna juga berhasrat untuk menjual semula kasut berkenaan pada harga RM3,000.

Dalam pada itu perkongsian Yuna mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya mempersoalkan mengapa pelanggan terbabit enggan memberikan resit belian kepada Yuna.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 14-8-2023 05:26 PM
Taknak bagi resit. Ke beli fake kat butik2/online yang jual pakaian dari China. Kat shopee pun melambak.
Quote mawardia 14-8-2023 05:40 PM
Bukan baru tu dik. Dia pun beli preloved.
Quote lanacondor 14-8-2023 06:01 PM
Jahatnya dpt plgn cmni. Xindah la alam rumah tangga ko dik kalau aniaya org
Quote hareeeesah 14-8-2023 06:03 PM
Edited by hareeeesah at 14-8-2023 06:04 PM

Kasut dior tp yg blkg tu bath&bodyworks jerr? Mcm x tally plak.. u know what i mean
Quote OshinDaSolja 14-8-2023 06:16 PM
beli high end tp takde resit? something fishy...ajak cust tu pegi butik dior yg dia claim dia beli ksut tu... tp klau dia claim beli kt oversea ssah skit la nk trace
Quote doubleA 14-8-2023 06:56 PM
Bagus dah yuna belikan kasut, tapi fishy takda resit dan pulangkan balik rm200 hahaha ye ke salah tgk harga kasut tapi konfiden cakap 4900? Kelakar
Quote _kelly 14-8-2023 07:19 PM
hareeeesah replied at 14-8-2023 06:03 PM
Kasut dior tp yg blkg tu bath&bodyworks jerr? Mcm x tally plak.. u know what i mean

rightt..bbw macam tak layak duk atas dulang hantaran tu
Quote nazzse 14-8-2023 08:50 PM
hareeeesah:  Edited by hareeeesah at 14-8- ...


Cara bercakap tu pun tak macam orka. Mcm budak kelas belakang je dok weh kan si yuna tu.
Confirm Dior beli shopee dah ni
Quote Ayda89 14-8-2023 09:36 PM
Gelojoh sangat pun terus transfer begitu saja lepastu baru nak mintak resit bukti pembelian..
Quote fofuler 14-8-2023 11:38 PM
Tak sure ni semata untuk content ke apa, both fishy. Kasut tu entah2 fake, banyak dah jual gitu kat shoppee
Quote seripahzeripah 15-8-2023 02:06 AM
Both laki bini baru kawen ni grad um..i nengok fb afiqahsyafiqah ni..dgn yakinnya sis dia beli copy ori shopee..kalau tgok cara lifestyle,dressup,family mmg tak tally sungguh dgn dior lv yg ada atas hantaran..
Quote sayurmayur88 15-8-2023 07:29 AM
hidup ni kalau tak dapat bagi manfaat , jgn susahkan org lain.
dosa ke Allah blh minta ampun, dosa sesama makhluk, fikir sendiri
Quote babynina30 15-8-2023 07:29 AM
seripahzeripah: Both laki bini baru kawen ni g ...
seripahzeripah: Both laki bini baru kawen ni g ...



I tgk her story kt tt.

"U can see....blablablaa. u can see blablaa. U can see, dia gam dgn hot glue gun"

The way she explained and pronounced pon tak meyakinkan.

Betol ke grad UM ni . Ragu2 sgt

Tgk lifestyle mmg tak tally. Mcm batak dior lv je ke. Perfume patot paling2 Ex Nihilo. Tak sajak yaaaaaaaa kasut Dior, Bag LV , tp hntrn perfume utk di show off adalah BBW.   
Quote babynina30 15-8-2023 07:30 AM
She siap ckp kotak ni bkn boleh beli kt SHOPEE  pon

Tak sabar nak tggu she ngaku kalah n refund yuna tu balik
Quote babynina30 15-8-2023 07:35 AM
Dan2 tyg Diptyque sbb masyarakat cerca Bbw ke kt dulang hntrn ? Aritu tak ltk diptyque plak dekkk
Quote BoongaKertas 15-8-2023 08:17 AM
awat dia pun gelabah terus byr? hmmm..patut sheols fight sikit sbb fishy gak xnak bg resit pembelian. lol.
Quote isseliparjepun 15-8-2023 08:20 AM
Bolehnya cepat betul transfer 4900? I mean, tau la rasa bertanggungjawab but 4900 you transfer dekat minah tu? Content semata mata ke ni on both side.
Quote seripahzeripah 15-8-2023 08:22 AM
babynina30: Dan2 tyg Diptyque sbb masyarak ...


She dah private ig kan..tiktok dia pun gone
Quote prince_marhaen 15-8-2023 08:59 AM
kalau iols malu ye nak bubuh barang fufu atas dulang hantaran, biarlah brand biasa-biasa je janji satu set tu ori, ini kau nak impress siapa ye, macam tak tally family & lifestyle ko dengan barang hantaran, which is semuaaaaaaaaaa orang tau je harga dia berapa (yang ori)....tak rasa segan ke ngan kekawan, ngan family yang tahu kau cuma orang biasa-biasa dan not afford pun nak beli benda2 tu original....nak impress acik2 yang datang tu sekejap je pun..sekali kantoi fake sampai kiamat orang duk sebut ye...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044576 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top