CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dihukum Penjara Berjumlah 702 Tahun, 234 Sebatan, Jadikan Dua Anak Hamba Seks

14-8-2023 03:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4203| Komen: 34

Muar: "Saya terima hukuman ini atas perbuatan dilakukan," kata seorang bapa sebelum Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara, berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan, selepas mengaku bersalah terhadap 30 tuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua anaknya sejak enam tahun lalu.


Tertuduh yang juga pekerja pembersihan, didakwa melakukan perbuatan jijik itu terhadap dua anaknya yang kini masing-masing berusia 12 dan 15 tahun dengan seorang daripadanya hamil lima minggu.

Lelaki berusia 53 tahun itu berhadapan 30 pertuduhan dengan 19 daripadanya membabitkan kejadian rogol, manakala 11 lagi kes cabul kehormatan dua anaknya, terlebih dahulu mengaku bersalah selepas setiap pertuduhan sejurus dikemukakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

SEORANG bapa yang dituduh merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua anaknya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan. Sumber Utusan


Hampir sejam masa diambil oleh jurubahasa untuk membaca kesemua pertuduhan serta fakta kes dengan tertuduh yang dilihat hanya mampu tunduk sambil geleng kepala.

Abu Bakar dalam prosiding berkata, tidak ada faktor yang boleh dipertimbangkan untuk hukuman terhadap tertuduh kerana mangsa adalah anak kandungnya selain seorang daripadanya sudah hamil.

"Mangsa ketika itu adalah kanak-kanak dengan kesalahan dilakukan kamu sangat berat. Justeru, saya berharap dengan hukuman ini, kamu bertaubat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.

"Mengambil kira pengakuan bersalah kamu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol, 10 tahun penjara serta dua sebatan bagi kesalahan amang seksual fizikal serta tambahan hukuman bagi Seksyen 16 (1) Kanun Keseksaan iaitu dua tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh ditahan 10 Julai lalu, manakala sebatan secara berasingan.

Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 42 tahun namun hukuman sebatan kekal 234 kali.

Namun, Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan adalah 24 kali.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2017 ketika salah seorang mangsa berusia 10 tahun dengan kejadian terakhir berlaku pada 4 Julai lalu membabitkan dua lokasi berasingan di Jeram dan Bakri, di sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, pegawai perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar membuat laporan polis selepas mendapat salah seorang mangsa hamil ketika mendapat rawatan akibat sakit dada.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kertas siasatan yang dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya berjaya memperoleh arahan sebanyak 30 pertuduhan terhadap suspek.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tenggiripink 14-8-2023 03:28 PM
haruan makan anak
apa punya bapak lah tergamak ye buat anak sendiri
Quote Lavender_Violet 14-8-2023 03:31 PM
BABIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Quote sukacactus 14-8-2023 03:35 PM
Mangsa yg hamil tu xleh buat apa2 ke
Sian dia bw zuriat hasil incest
Quote makiting 14-8-2023 03:46 PM
Bapak nafsu binatang
Kesian anak tu sampai mati tak leh lupa
Quote bondeh 14-8-2023 04:01 PM
Sial punya bapak selayaknya disebat sampai hancur bontot kau jantan sial setan!
Quote bondeh 14-8-2023 04:01 PM
Sial punya bapak selayaknya disebat sampai hancur bontot kau jantan sial setan!
Quote sayurmayur88 14-8-2023 04:15 PM
nasib ko lahanat hidup zaman ni takde hukum sulah sampai mampus. jahanam binatang macam ni.
Quote shernazz 14-8-2023 04:20 PM
sukacactus replied at 14-8-2023 03:35 PM
Mangsa yg hamil tu xleh buat apa2 ke
Sian dia bw zuriat hasil incest

Awal lagi tu
Boleh kot..
Quote supernaturalee 14-8-2023 04:31 PM
"Mengikut fakta kes, pegawai perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar membuat laporan polis selepas mendapat salah seorang mangsa hamil ketika mendapat rawatan akibat sakit dada."

2 kemungkinan:

1. asbab sakit dada tu yg pi hosp dan jumpa plk doktor yg kompeten
2. adik tu sendiri yg dpt idea. it's enough. subtle dek, subtle

x leh nk imagine mcmn bdk2 ni nk move on
bimbang terkesan seumur hidup
moga yg baik2 je utk kedua2nya

Quote sagiman91 14-8-2023 04:38 PM
sukacactus replied at 14-8-2023 03:35 PM
Mangsa yg hamil tu xleh buat apa2 ke
Sian dia bw zuriat hasil incest

nope... sbb dah berusia minggu minggu...

Plan "B" pill pun hanya efectif dalam tempoh 72 jam...

aboartion is not an option...
Quote supernaturalee 14-8-2023 04:40 PM
sukacactus replied at 14-8-2023 03:35 PM
Mangsa yg hamil tu xleh buat apa2 ke
Sian dia bw zuriat hasil incest


cc: @shernazz

ni iols gugel2 jumpa ni
sumber: Jakim - http://e-smaf.islam.gov.my/e-sma ... inv1/fatwa/pr/15787

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dengan pindaan sighah seperti berikut :

  • Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
  • Harus pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
  • Pengguguran janin mangsa rogol adalah harus sebelum berusia 120 hari bagi mengelakkan berlakunya fitnah."

Quote sukacactus 14-8-2023 04:55 PM
supernaturalee replied at 14-8-2023 04:40 PM
cc: @shernazz

ni iols gugel2 jumpa ni

Ahhh lega!
Br 5 minggu kan, sebulan lbh
Malang sungguh kalau terpaksa lahirkan zuriat sebegitu
Quote alieyrina 14-8-2023 05:19 PM
Lemak ahh 200 sebatan dpt 24 jah. Sebulan sekali la sebat. Sampai dia mampos sendiri
Quote whimsicalmusic 14-8-2023 05:25 PM
teringin tgk die kena 200++ sebatan. da jd rutin ke cmne puaskan nafsu ngn anak2? babi betul. dr bdk tu kecik kot. jantan xguna. ko sepatutnya jd pelindung bdk2, ni ko plak yg jd sumber trauma anak2. aku hrp ko kena liwat smpai bontot koyak kt penjara tu. babi
Quote ulamalu 14-8-2023 05:28 PM
Isteri dia mana?  Dah meninggal ke bercerai?  Kecil2 lg anak dia masa start buat kerja terkutuk tu 6 tahun lepas.  X ada perasaan ihsan ke anak sendiri.  Anak2 tu dah tentu mungkin x faham dan x lari mana.
Quote Cyempaka 14-8-2023 05:39 PM
Aku dah mula konpius kes ni dgn kes hakim menangis dan 1 lg panjat pintu demi nak rogol anak tu. Aku igt kes yg sama sbb nama hakim sama tp bila gugel umur bapak xsama. Maksudnya 3 kes berbeza. Dah kenapa dgn org muor? Nak lawan sek kito ke
Quote ctaz 14-8-2023 05:42 PM
merepot la ko
Quote shernazz 14-8-2023 07:21 PM
supernaturalee replied at 14-8-2023 04:40 PM
cc: @shernazz

ni iols gugel2 jumpa ni

Alhamdulillah syukur...
Kesian tau mangsa2 incest yang terpaksa Bawa kandungan.ke.sana sini...
Jilaka yang merogol...
Quote shernazz 14-8-2023 07:21 PM
Cyempaka replied at 14-8-2023 05:39 PM
Aku dah mula konpius kes ni dgn kes hakim menangis dan 1 lg panjat pintu demi nak rogol anak tu. Aku ...

Sumpahan.asdan

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top