CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Uk's Malas Nak Layan Amir Ukays-"Tak Habis-Habis Mengungkit Tentang Lagu, Kami Nak Cari Makan Juga"

14-8-2023 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3511| Komen: 10

Ketua kumpulan UK's iaitu Amy tampil memberi penjelasan selepas Amir Ukay melarang lagu nyanyiannya digunakan oleh pihak lain bagi tujuan mempromosikan persembahan mereka.

Amy kata tak sepatutnya Amir membangkitkan isu berkenaan kerana lagu yang dinyanyikan olehnya itu merupakan hak cipta syarikat rakaman.


"Lagu, lirik dan sound recording semuanya dibawah syarikat pengurusan. Tidak ada isu pun.

"Sebenarnya lagu-lagu ini semuanya boleh dimainkan di pusat karaoke, stesen televisyen... tak ada isu pun kalau cakap pakai suara dia.

"Kadang-kadang saya tak faham lagu yang dirakam itu pada tahun 1995 tapi kenapa sampai sekarang masih nak diungkit?" katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Amy yang juga merupakan pemain keyboard turut kesal dengan kenyataan Amir itu kerana dia sendiri yang memilih untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bergerak secara solo.


Selepas Amir memilih untuk mengundur diri, mereka sebagai pemuzik hanya menyambung kerjaya seni bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Kisah kumpulan Ukays ini sebenarnya panjang. Pada 1997, Amir keluar tinggalkan kumpulan kami.

"Jadi bila dia (Amir) keluar kumpulan, kami yang pemuzik ni nak pergi mana? Pernah tak selama 23 tahun ini dia fikirkan anggota kumpulan yang lain nak hidup macam mana?

"Saya juga sebahagian daripada kumpulan itu dulu, jadi kenapa nak ungkitkan lagi. Dia gerak solo boleh saja, tapi anggota lain nak cari makan tak boleh pula," ujarnya.

Mengulas mengenai isu mereka mengambil bayaran murah semasa persembahan seperti yang didakwa Amir sebelum ini, Amy menjelaskan situasi yang dialami mereka adalah berbeza.

Kata Amy, nama Amir sudah dikenali dalam industri hiburan tanah air sedangkan kumpulan mereka hanya menggunakan khidmat penyanyi baharu.

"Dia (Amir) di tahap legenda, sebut saja nama dia satu Malaysia kenal. Tapi kami ini yang gunakan penyanyi baru, mana boleh nak samakan harga dengan dia.

"Takkanlah dengan budak baru (penyanyi) kami nak minta penganjur bayaran sehingga RM20,000.

"Masa dengan Amir dulu memanglah megah. Zaman 90-an Semua orang tahu lagu kami tapi sekarang kita dah 2023," jelasnya.

Enggan isu ini terus berlarutan, Amy memberitahu pihaknya sudah melantik peguam untuk menyelesaikan kes berkenaan di mahkamah.

Malah, dia mengakui sudah malas untuk menjawab mengenai kontroversi berkenaan kerana menganggap ia hanya membuang masa.

"Sebenarnya saya malas nak komen sebab perkara ini tak pernah nak selesai. Daripada dulu diungkit, kalau tak silap saya dia (Amir) pun sudah mahu melantik peguam... saya pun dah lantik peguam untuk uruskan kes ini.

"Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkara ini tanya sajalah pada peguam nanti.

"Sekarang kita dah tahun 2023, saya tidak ada masa untuk bergaduh... kita nak bekerja. Banyak lagi benda nak fikir," katanya.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Amir memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama yang sama dengan kumpulannya ketika ini.

Kesal dengan apa yang berlaku, Amir atau Mohd Azmir Muhammad Yusof, 54, berkata dia melihat isu ini masih belum berkesudahan dan tidak menemui jalan penyelesaian.

Untuk info, selain UK's yang dianggotai Amir, terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays yang ditubuhkan bekas anggota UK's iaitu Amy.

Manakala, satu lagi kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka iaitu Achik. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IvyGorgon 14-8-2023 02:25 PM
I tak ingat bila but few mths back gituh, ada 1 stesen radio panggil Amir ni, sepjg interview tu heols memang defensive habis, sinis, tah i rasa tak professional sbb on-air kan, benda2 cmni off record sudahlah
Quote salimrock 14-8-2023 02:28 PM
UK pn dah pecah 2 vokalis.  ada amir ada achik...
Quote Thunderclouds 14-8-2023 02:35 PM
2x5 mcm kes bapak & anak dulu.
Dok larang xbg nyanyi,pdhal lagu bukan sendri yg punya.
Quote ezacbee 14-8-2023 02:55 PM
Lagu pun berebut. Sesapa boleh nyanyikan lagu ukays. Ke ada larangan?

Amir tu g lastik cicak dahler..

Quote sleepandream 14-8-2023 03:02 PM
abestu masa konsert ukays yang ada amir dalam konsert minggu ini rtm dolu tu elok jeh perform dgn band member asal?
Quote syabee 14-8-2023 03:07 PM
rezeki la derrr.... sama2 nak cr makan. kena faham konsep rezeki
Quote CiliPadiSedap 14-8-2023 03:35 PM
salimrock replied at 14-8-2023 02:28 PM
UK pn dah pecah 2 vokalis.  ada amir ada achik...

salimrock vokalis dia masih sama ke? sistur vokuru?
Quote supernaturalee 14-8-2023 03:40 PM
bkn ke ada lagu dorg masuk muzik2 setahun ke 2 thn lepas mcm tu

tu uk's ke, ukays ke ulu kelang??????????????


Quote salimrock 14-8-2023 05:08 PM
CiliPadiSedap replied at 14-8-2023 03:35 PM
salimrock vokalis dia masih sama ke? sistur vokuru?

wa gerak solo je, cam rahim maarof, anuar zen,  imran ajmain , hail huzaimi...hahahaa
Quote fadz84 14-8-2023 07:32 PM
sleepandream replied at 14-8-2023 03:02 PM
abestu masa konsert ukays yang ada amir dalam konsert minggu ini rtm dolu tu elok jeh perform dgn ba ...

Amy yg dlm artikel ni xde dlm lineup konsert tu.. dlm konsert tu lineup U.Ks masa album Tajam Menikam & Panas Berpanjangan.. Amir, Daniel, Olley & Amirul (Amy je xde)..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063410 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top