CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Buat Loan Semata-Mata Kemaruk Nak Beli Iphone, Bila Kena Bayar Bulan-Bulan Merungut Tak Sudah-Sudah

14-8-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5528| Komen: 78

Kecoh di Twitter, terdapat seorang pembeli yang membuat pinjaman sehingga RM4,099 semata-mata untuk mendapatkan iPhone 11, 128GB.

Sudahnya, dia merungut kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 selama 36 bulan.


Gambar Hiasan

“Nasihat saya, fikir berkali-kali jika mahu berhutang untuk membeli iPhone. Jika tidak mampu, cukup untuk beli iPhone terpakai.

“Harga iPhone 11 (128GB) sekitar RM2,199 dan model ini telah ditamatkan pengeluaran. Dengan pinjaman sehingga RM4,099 sudah cukup untuk membeli iPhone 14,” tulisnya menerusi satu ciapan @xaviernaxata.

Pembeli bukan sahaja terikat dengan hutang selama tiga tahun, bahkan perlu membayar lebih kerana jumlah keseluruhan ansuran adalah RM5,940.



Dan jumlah tersebut tidak termasuk dengan caj faedah sekiranya lewat membayar ansuran.

Sehubungan itu, dia memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat pinjaman semata-mata memenuhi kehendak.

Namun jika masih mahu memiliki model telefon yang dihajati, dia menyarankan untuk berbelanja mengikut kemampuan.

“Di mana akal fikiran yang Allah anugerahkan? Beringatlah, jangan buat pinjaman semata-mata untuk memuaskan nafsu gaya hidup.

“Jika kemaruk untuk dapatkan sebuah iPhone, cukup untuk beli iPhone 11 terpakai,” ujarnya.

Tanpa perlu membuat pinjaman, dia mencadangkan supaya membuat simpanan bagi membolehkan pembelian telefon dibuat secara tunai.

“Jika buat simpanan RM165 sebulan, kurang tujuh bulan sudah boleh beli secara tunai. Pesanan saya kepada anak muda, hargai masa muda anda. Jangan berhutang, bila tidak mampu dan disenarai hitam akan beri mudarat bila usia anda mencecah 30 tahun nanti.

“Fikir guna akal yang dianugerahkan oleh Allah. Jangan guna kepala lutut yang pastinya tidak boleh berfikir,” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut bersetuju supaya pembeli berkenaan mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat keputusan untuk meminjam.

“Kadang-kadang yang membeli ni masa tu nafsu nak beli. Rasa OK bulan-bulan boleh ni. Setakat 165 je. Kemudian selepas berapa bulan rasa lamanya lagi nak habis bayar. Dia pilih, dia bayarlah. Jadilah pembeli yang bijak.

“Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan ada pemikiran nak nampak gah sedangkan kau hidup sengsara bayar hutang. Kalau ikut nak berlawan siapa hebat ni, memang tak akan ada penghujungnya. Hiduplah ikut kemampuan.

“Ukur baju di badan sendiri, bukan orang lain. Kalau nak, tanggung sendiri risiko, jangan merungut. Tiada siapa memaksa melainkan nak rasa megah di hadapan orang lain. Hidup tak perlu ikut gaya hidup orang lain. Biarkan yang rendah pemikiran berkata-kata,” komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 14-8-2023 10:57 AM
mmg ramai buat mcm ni tapi hari2 puasa kat ofis
iols lantakkan je..biar tak pakai ifon yg penting tak berlapar
Quote _kelly 14-8-2023 10:58 AM
tapi di era ip14 dah keluar, ko baru nak merasa ip11..tak rasa out dated ke..baik la g beli android latest teknologi tapi ye la tak gah pulak nanti takde lambang apple nak tunjuk
Quote JunkMail 14-8-2023 11:00 AM
Memang dalam kehidupan kita berkali kali buat keputusan yang bodoh tapi... Hmmm bodoh tu simpan sikit untuk masa depan dik..
Quote totokreturn. 14-8-2023 11:01 AM
aku tak tahu la, hukum mcm mana, yg kedai kedai gajet muslim tawarkan beli iphone secara ansuran ni, ada interest dan caj tertentu, tapi bayar bulanan

adakah di kira riba, dan tokey tokey kedai yg buat ansuran bulanan ni tak terlepas dari azab api neraka?
Quote krustykrab 14-8-2023 11:02 AM
Ipong ni sesuai utk org yg buat bisnes photografi je. Yg takat nk ws, call je beli la brand lain yg murah².
Quote sayurmayur88 14-8-2023 11:13 AM
ukur baju di badan sendiri.
tapi kalau diorang nak merasa "gah" menunjuk "kemewahan" dengan membayar harga yg mahal, berbalik pada hak masing2.
Quote Thunderclouds 14-8-2023 11:25 AM
Aku & laki both xpenah beli ipong.
Beli yg mur² basic function sematpon.
Kelangsungan idop lg penting dr membongak pakai latest gajet tp guna instalment.
Kalo betol mampu beli cash aje phone tuh.
Quote She-Ra 14-8-2023 11:26 AM
mujo bkn kaki gadjet
pakai hp asal boleh call out/in, surf internet, ambik gamba.. dh cukup
duit lebihan simpan masuk tabung gajah.. pastu boleh pecah tabung jd duit tambahan utk pegi cuti2.. bahagia cara kita, tak perlu nak impress org sampai sanggup berhutang bagai
Quote myakayina 14-8-2023 11:29 AM
biar papa asal bergaya...
Quote ultra78 14-8-2023 11:32 AM
Kumpul duit dan beli cash. Apa benda ni ansuran beli phone sampai 3 tahun
Quote ninja boy 14-8-2023 11:33 AM
Edited by ninja boy at 14-8-2023 11:44 AM

Nak tunjuk up to date le tu padahal pakai tenet wasap game video jah.
Ai masih pakai digital camera (walaupun kena kutuk) utk separate kerja ofis dan travel dan henpon no 2.  Henpon no 1 tu terlalu byk sampah2, gambar kerja, document, wechat wasap tele sampah sehari beratus gambar dan family2 tiada kerja manage. Henpon no 2 utk bacaan2
Quote Skuau 14-8-2023 11:35 AM
bodoh..x boleh di ajar...
pandai..x boleh di ikut...
               
Quote zennaya 14-8-2023 11:40 AM
kat tiktok,IG penuh company buat ansuran Iphone. mula2 terpikir jugak nak buat mcm tu,last2 beli je realme c55 cash. janji bole pakai basic.
Quote Firenzza 14-8-2023 11:43 AM
totokreturn. replied at 14-8-2023 11:01 AM
aku tak tahu la, hukum mcm mana, yg kedai kedai gajet muslim tawarkan beli iphone secara ansuran ni, ...

X la sampai masuk neraka...bank Islam loan rumah 150k bayar balik 500k relax2 je cashier bank pg hj Umrah bagai
Quote hasniey 14-8-2023 11:46 AM
Edited by hasniey at 14-8-2023 11:48 AM

Kalau x beli under Telco,kan xrugi sgt.kenapa la buat personal loan
Quote Supersirap 14-8-2023 11:49 AM
Sudah pinjam kena bayar lah
Quote kalchi 14-8-2023 11:51 AM
Buy android je la. Hp, kereta, apa saja beli ukur baju bdn sndri. Org yg mmg kaya dia nk beli apa je pon takpe.
Quote totokreturn. 14-8-2023 11:54 AM
Firenzza replied at 14-8-2023 11:43 AM
X la sampai masuk neraka...bank Islam loan rumah 150k bayar balik 500k relax2 je cashier bank pg h ...

islamic loan vs konvesional memang ada penetapan dia
yg loan talipon ni aku tak rasa pulak pemberi pemberi loan ni dia cakap islamic loan
Quote itik_magic 14-8-2023 12:01 PM
kebnykn remaja n belia 20an mmg kemaruk dgn iphone ni. tngk anak2 sdara semua pakai iphone.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.100097 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top