CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Deretan Pokok Uzur Tepi Jalan Ancam Nyawa Penduduk

14-8-2023 10:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1909| Komen: 6

Alor Setar: Deretan pokok tua yang hanya menunggu masa untuk tumbang di sepanjang Terusan Wan Mat Saman di sini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setiap kali mereka melalui Jalan Simpang Empat–Sungai Petani di sini.


Seorang penduduk, Rujimah Saari, 66, berkata, kejadian pokok tumbang memang sering berlaku sewaktu ribut dan hujan lebat termasuk kejadian terbaharu beberapa hari lalu.

Seorang penduduk melihat keadaan pokok asam jawa yang tumbang dalam kejadian ribut di Simpang Empat, Alor Setar baru-baru ini.

“Tengok pokok pun tidak selamat kerana uzur sangat. Pokok asam jawa ini rasanya sudah berusia lebih 100 tahun kerana ia (pokok) sudah ada sejak zaman mak saya lagi.

“Selalu sangat tumbang dan kejadian baru-baru ini berlaku akibat angin kencang dan ribut yang berlaku pukul 4 pagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Benua di Simpang Empat di sini semalam.


Rujimah juga berharap agar pengguna yang melalui jalan tersebut agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Penduduk tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin kena tunggu semua pokok tumbang dan harap-harap, pokok akan tumbang ke terusan dan bukannya ke jalan raya atau rumah penduduk,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Razif Ali, 40, mengakui jalan tersebut sering digunakan penduduk untuk menuju ke pusat bandar.

“Saya guna jalan ini setiap hari untuk ke tempat kerja. Kalau masa hari hujan atau angin kuat memang menakutkan dan bila-bila masa sahaja pokok akan tumbang.

“Saya tengok banyak juga pokok di tepi Terusan Wan Mat Saman sudah rebah, tetapi mujurlah ke dalam sungai dan bukan di jalan raya,” katanya.

Difahamkan, pokok di sepanjang jalan tersebut terutama pokok asam jawa yang tumbuh di sepanjang Terusan Wan Mat Saman itu dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Menurut sebahagian penduduk, pokok asam jawa ber­kenaan ditanam oleh penduduk yang berhijrah ke kawasan Terusan Wan Mat Saman ketika ia mula diterokai sebagai langkah untuk menguatkan tebing terusan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-8-2023 10:54 AM
tak apa kerajaan PAS cekap...hari ini potong kamrin bersih
Quote Supersirap 14-8-2023 12:07 PM
Kena hempap buat nanya orang sahaja
Quote immi 14-8-2023 12:10 PM
X pa aihhh nnt mb baqu mai dia akan potongkan guna kedeqat dia sbb dia oqang baqu menang cpt buat qeja kannn
Quote immi 14-8-2023 12:11 PM
Simunggu replied at 14-8-2023 10:54 AM
tak apa kerajaan PAS cekap...hari ini potong kamrin bersih

Adun pas belom angkat sumpah mana mau mai tulun. Yg dah angkat sumpah mb baqu sajaaaa. Dia la kena turun poton
Quote zad78 14-8-2023 12:46 PM
baqu=baku?
kedeqat=kedekat?
oqang=okang?  
qeja=keja?

Tak paham cek nyah oiiiiiii......

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047151 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top