CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Rakyat Malaysia Antara 9 Ditahan Berpesta Dadah Di Bangkok

13-8-2023 06:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2755| Komen: 9

Bangkok: Polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok.

Menurut Bangkok Post, lima lagi suspek adalah warga China (tiga lelaki dan dua wanita), seorang lelaki Vietnam dan seorang lelaki dari Myanmar turut ditahan dalam serbuan pada petang Jumaat.



Ketua Polis Daerah Bang Chan, Pol Kol Siwat Sriwichai berkata, polis melakukan serbuan ke atas kediaman mewah itu selepas menerima aduan daripada penduduk.

"Polis menemui ketamin dalam dulang buah-buahan, 24 tablet Erimin 5 (Nimetazepam), dan sepucuk pistol berisi lapan butir peluru," katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Kesemua suspek didakwa bersubahat memiliki dadah Kategori 2, senjata, dan peluru.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-8-2023 10:38 PM
So, kat sana apa hukuman utk kes mcmni?
Quote sharlenetexas 13-8-2023 10:53 PM
Ingatkan weed party. Takde weed pun.


Quote Carcosa 13-8-2023 11:11 PM
Weiii, House Party tu, meols tak terkejut sgt pon.
Yelah, dah line kat K.Hell panas, diorang immigrate lah ke Bengkok, nak berdadih punya pasal.
Tapi ada pistol 8 butir peluru tu, meols mcm terkujat beruk lah sikit. I mean, 9 org chillout, peluru ada 8.
Haiyooooo, tak seram ke kalau kita ala2 do the math?
Ha gichewww meols berspeku versi CSI Miami.
Quote sharlenetexas 13-8-2023 11:16 PM
Carcosa replied at 13-8-2023 11:11 PM
Weiii, House Party tu, meols tak terkejut sgt pon.
Yelah, dah line kat K.Hell panas, diorang immigra ...

Sambil party sambil tembak2?

Quote edayildiz 13-8-2023 11:16 PM
aah seram pulak ayat berisi peluru 8 bijik tu
Quote Carcosa 13-8-2023 11:20 PM
sharlenetexas replied at 13-8-2023 11:16 PM
Sambil party sambil tembak2?

Taklah pasti. Sbb police pon sempat raid diorang kan?
Kita pon xtau siapa punya gun tu. Entah2 mmg ada niat ke, Entah2 saja2 je bwk, taklah ketahuan.
Tapi, bahaya kot, dah tengah sedap bersasau2, ada pulak samdol simpan gun situ. 8 bullet plk tu. Yelah, dadih pilihan Ketamin, atau "K". Sangatttttlah prone utk berhalusinasi. Kang dia nmpk lapan2 ekor tu menatey apa kang, ditembak nya satu2. Sia2 je.
Sekian meols memberi gambaran senario yg belum jadi.
Quote OshinDaSolja 13-8-2023 11:24 PM
Selamat bermalam di "Bangkok Hilton" aka Bang Kwang prison... Good luck
Quote Ayda89 14-8-2023 12:26 PM
Buruk2 penjara pun biar la dalam negara sendiri. Ini macam lama la ko bercuti free pakej mkn tempat tido kat thai tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.103171 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top