Pengarah Hospitaliti, Weddie dan Mizwan yang bertanggungjawab menguruskan jemputan untuk tetamu pernikahan pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lanan mendedahkan majlis tersebut berkemungkinan akan diteruskan pada satu tarikh yang masih belum ditetapkan.
Memetik laporan mStar, mereka masih terlibat dalam acara itu dan sedang menunggu keputusan keluarga kedua-dua belah pihak untuk maklumat lanjut. "Jika sudah ada tarikh baru, kami akan umumkan seperti mana jemputan dilakukan sebelum ini," katanya. Mizwan turut menjelaskan bahawa pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini di Puncak Rimba, Bentong, Pahang bukan dibuat pada saat-saat akhir. Sebaliknya kata Mizwan, pihaknya ada berbincang dengan Syafiq dan Mimi sebelum bertindak menghantar mesej pemberitahuan pembatalan kepada tetamu jemputan pada Jumaat lalu. Mizwan bagaimanapun enggan memperincikan punca sebenar di sebalik pembatalan itu sebaliknya meminta peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung hal berkenaan.
"Kita tidak boleh cerita secara terperinci, namun apa yang boleh saya katakan ia bukan terjadi begitu sahaja. Berlaku perbincangan sebelum kami dapat keputusan akhir. "Apa yang boleh saya katakan tiada sebarang tanda negatif. Kita juga tidak boleh buat spekulasi dan elok tunggu sahaja keputusan mereka," ujarnya.
|
jambatannetizen replied at 13-8-2023 12:00 PM
Betul tak aku cakap ini SEMUA wayaaang. Syafiq must be kawtim dgn ML , lakon jadi boyfriend. Ntah nk ...
MissYouSayang: Patut la iols rase ...
ADVERTISEMENT