Pelakon Wafariena akhirnya tampil membuat laporan polis susulan beberapa pihak menyalahgunakan nama dan fotonya di sosial media. Pemilik nama sebenar, Wafariena Roslan, 28, berkata dia sudah lama menyedari kewujudan beberapa profil palsu tersebut dan beberapa kali membuat laporan di medium tersebut namun ia semakin berlarutan sejak kebelakangan ini.
"Dah lama saya sabar... kalau kita tekan butang report pun tak jalan juga. Masih ada akaun baru atau mereka yang terus menggunakan nama saya. "Disebabkan sudah keterlaluan, saya buat laporan polis untuk membersihkan nama selain ingin menegaskan saya hanya ada satu akaun peribadi dan kelab peminat di Facebook," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Wafa memberitahu dia membuat laporan itu di Balai Polis Kundang, Selangor pada Jumaat lalu. Dalam laporan berkenaan, Wafa menyenaraikan sebanyak 13 akaun sosial media palsu telah diwujudkan sehingga memberi kesan terhadap dia.
Wafa juga memberitahu tindakan membuka akaun palsu dengan identiti orang lain itu juga adalah dalam kategori jenayah komersial.
|
ADVERTISEMENT