CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

96 Calon 'Berputih Mata' Hilang Wang Deposit

13-8-2023 06:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3118| Komen: 3

Kuala Lumpur: Seramai 96 calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terpaksa 'berputih mata' apabila kehilangan wang deposit.

Ia turut menyaksikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terpaksa melepaskan kesemua wang deposit mereka apabila kecundang merebut tempat di 20 kawasan DUN yang ditandingi parti itu.


Antara calon Muda yang tewas ialah Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi yang memperoleh 1,834 undi di DUN Seri Serdang manakala R Thanusha mendapat 2,357 undi di DUN Sentosa.

Selain itu Ketua Penerangan Muda, Loqman Long turut kecundang dan hanya meraih 372 undi di DUN Bandar, Terengganu manakala di Pulau Pinang calon Muda turut meratap nasib sama apabila calonnya Vikneswary Harikrishnan hanya mendapat 253 undi di DUN Perai.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.


Medan pertandingan pilihan raya negeri pada tempoh ini juga menyaksikan Ng Sze Han calon daripada Pakatan Harapan (PH) memperoleh undi tertinggi iaitu 71,290 dengan menewaskan pencabarnya Wong Yong Kang daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh 16,755 undi di DUN Kinrara.

Sementara itu calon DUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin dari PN menang dengan majoriti terkecil hanya 30 undi apabila mendapat 22,316 undi dalam pertarungan dua penjuru.

Dalam pada itu calon paling tua dalam pilihan raya negeri kali ini iaitu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) MS Ravinder Singh, 80, tewas dalam pertandingan empat penjuru di DUN Pantai Jerejak menentang calon PH Fahmi Zainol , Oh Tong Keong daripada PN dan calon Muda Loh Xiang Pin.

Dengan keputusan hanya 76 undi bekas guru (Ravinder) itu terpaksa menerima hakikat kehilangan wang deposit .

Selain itu calon termuda Melanie Ting Yi-Hlin, 23, juga terpaksa akur dengan kekalahan apabila hanya memperoleh 1,462 undi sekali gus hilang wang deposit.

Ting, yang juga Ketua Turus Penerangan Muda, berdepan persaingan tiga penjuru di DUN Bukit Antarabangsa membabitkan calon PH Mohd Kamri Kamaruddin yang mendapat 30,772 undi dan Shasha Lyna Abdul Latif daripada PN yang memperoleh 14,492 undi.

Pilihan raya enam negeri ini merupakan medan pertarungan pertama yang menyaksikan kerjasama PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersama BN (Barisan Nasional) untuk menghadapi cabaran daripada PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 13-8-2023 06:49 AM
Eh, batu tiga sapa yg menang?
Quote CiliPadiSedap 13-8-2023 11:55 PM
Tinot7: Eh, batu tiga sapa yg menang?


Altimet

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.041042 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top