CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Di Padang Bola, Sekarang Jadi YB

12-8-2023 11:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9275| Komen: 94

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Baddrol Bakhtiar membuktikan keputusannya untuk terjun dalam bidang politik tidak sia-sia apabila berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun sebentar tadi.


Berdasarkan kepada keputusan rasmi menyaksikan Baddrol yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17,771 undi.

Keputusan itu sekali gus jauh meninggalkan jauh pencabarnya dari Pakatan Harapan Firdaus Johari yang memperoleh 11,187 undi.



Radhi Mat Din (kiri) menang kerusi Dun Alor Mengkudu manakala Baddrol yang mewakili PN menang Dun Gurun.

Berdasarkan kepada keputusan terbabit, Baddrol secara rasmi memenangi kerusi DUN Gurun dengan majoriti 6,584 undi.

Sementara itu, turut bergelar Yang Berhormat adalah legenda bola sepak Kedah Radhi Mat Din apabila beliau memenangi kerusi DUN Alor Mengkudu.


Keputusan mengejutkan itu menyaksikan Radhi memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 10,104 undi sekali gus menewaskan pencabarnya Datuk Mahfuz Omar

Mahfuz hanya memperoleh 8,832 undi sementara Radhi memperoleh 18,936 undi selepas kesemua 68 peti undi tiba di Pusat Penjumlahan DUN itu di Maktab Mahmud di sini.

Mengikut rekod, pentas politik bukanlah asing buat Radhi apabila beliau sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 untuk merebut kerusi Parlimen Pokok Sena.

Bagaimanapun, nasib jelas tidak berpihak kepadanya apabila tewas kepada Mahfuz dengan majoriti sebanyak 5,558 undi.

Sebelum ini, Baddrol membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila bersara daripada dunia bola sepak untuk bertanding sebagai calon PN di Kedah.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 13-8-2023 10:48 AM
Wow radhi n mahfuz seteru lama la kiranyee
Quote sambaldurian 13-8-2023 11:33 AM
Tgk xde manifesto boleh je jd yb. So xde la dipersalahkan klu janji x ditepati. Dh mmg xde janji. Apa pun jagalah amanat rakyat.
Quote B40tastePosh 13-8-2023 01:51 PM
Orang bodoh je undi orang bodoh.
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2023 03:48 PM
Barokah tiada lulusan akademik
Quote caprut 13-8-2023 03:50 PM
B40tastePosh replied at 13-8-2023 01:51 PM
Orang bodoh je undi orang bodoh.

Pernah tgok cerita idiocracy tak?
Quote bakingsoda 13-8-2023 04:53 PM
B40tastePosh replied at 13-8-2023 01:51 PM
Orang bodoh je undi orang bodoh.

jual agama mmg laku, tayah buat pape. pandai tendang bola terus diberi kepercayaan memimpin rakyat. esok2 walaun datang pejabat dun minta bantuan, walaun kena tendang padan mokaaa!
Quote plywood 13-8-2023 05:11 PM
kita tengoklah dia buat mcm mana.

Jadi pemimpin zaman sekarng ni perlu bijak, ada visi supaya rakyat di tempat dia tak menderita kerana ketinggalan, aku ingat dia ni menang sebab parti, jadi susah nak kata mcm mana corak pentadbiran dia nanti... sekurang-kurangnya ada kemahuan yang kuat untuk tolong masyarakat, boleh berfikir the bigger picture dan ada visi tidak cuma teringat mengembungkan perut sendiri

Ada contoh yang baik untuk difikirkan spt kes yang berlaku dikelantan, tak banyak berlaku perubahan walaupun dah banyak prn berlalu.  Cuma kita kena ingat kes mereka berbeza, kebanyakan dari mereka ini ada mentaliti dimana mereka sangup menderita, sangup ketinggalan, sangup menghadapi kepayahan keperluan asas spt air asal dapat mengundi parti yang mereka sokong.. selepas bertahun-tahun, mereka sepatutnya dah faham, akan ada masalah jika kerajaan yang mereka pilih ada masalah pentadbiran..
Quote MissYouSayang 13-8-2023 05:17 PM
So far ok je, position adun ni x sepenting position parlimen...takat ambil aduan penduduk setempat, pungut sampah, tanya khabar penduduk, buat kebajikan blablaa.. asal rajin turun padang ok
Quote gigahertz 14-8-2023 01:43 AM
MissYouSayang replied at 13-8-2023 09:17 AM
So far ok je, position adun ni x sepenting position parlimen...takat ambil aduan penduduk setempat,  ...

Org undi PN di sebab org benci PH BN DAP Umno Amanah
Ikutkan mahfuz omar tu mana boleh kalah
Dah la kalah dengan newbie
Kesian mahfuz omar. Jadi bola canggung.
Quote Pajeri_Nenas 14-8-2023 07:33 AM
gigahertz replied at 14-8-2023 01:43 AM
Org undi PN di sebab org benci PH BN DAP Umno Amanah
Ikutkan mahfuz omar tu mana boleh kalah
Dah  ...

Itu jela. Melayu MMG emosional
Quote Minami2013 14-8-2023 07:36 AM
Tak pandai cakap.. harap pandai buat kerja.
Quote Tinot7 14-8-2023 08:19 AM
gigahertz replied at 14-8-2023 01:43 AM
Org undi PN di sebab org benci PH BN DAP Umno Amanah
Ikutkan mahfuz omar tu mana boleh kalah
Dah  ...

Masa PRU aritu kan atuk dgn KuLi kalah jua.. itu lubuk deme jugak.

Tgk je la pokcik ni buat keje ke dak.. dan ada poremer habaq keje adun jaga kawasan jahh.. tak susah mana..
Quote shalalat 14-8-2023 08:26 AM
Sidang parlimen nanti tolong la bagi spotlight kat badrul ni.nak sangat dengar apa yang dia nak hujahkan.lagi sorang altimet
Quote krustykrab 14-8-2023 08:29 AM
YB retis kuat tido, YB tendang bola....semua boleh.
Quote batmana 14-8-2023 08:45 AM
gubal la SPR tu, buat syarat calon ada degree , dgn pointer 3.8 keats cm ahmad maslan

barula negara jadi maju cam jepun nanti..

Quote che_yatt 14-8-2023 08:47 AM
batmana replied at 14-8-2023 08:45 AM
gubal la SPR tu, buat syarat calon ada degree , dgn pointer 3.8 keats cm ahmad maslan

barula negara ...

yang ni meolls setuju baru la nampak konfiden sikit rakyat nak pangkah..
Quote supernaturalee 14-8-2023 09:24 AM
caprut replied at 13-8-2023 03:50 PM
Pernah tgok cerita idiocracy tak?

"evolution has made humanity stupid because people no longer had to be intelligent and physically fit to survive due to the benefits of technology."


"Idiocracy serves as a social satire that touches on issues including anti-intellectualism, capitalism, commercialism, consumerism, corporatocracy, dysgenics, and overpopulation."


source: wiki




totally get it
it's happening
damn


nnt nk cari la cerita ni
tq for sharing
Quote likilu 14-8-2023 09:30 AM
MissYouSayang replied at 13-8-2023 05:17 PM
So far ok je, position adun ni x sepenting position parlimen...takat ambil aduan penduduk setempat,  ...

So keyword dia turun padang ke?
Quote caprut 14-8-2023 09:33 AM
shalalat replied at 14-8-2023 08:26 AM
Sidang parlimen nanti tolong la bagi spotlight kat badrul ni.nak sangat dengar apa yang dia nak huja ...

Altimet tu katanya mmg dari dku dah buat groundwork ada jawatan lg dkt pkr ampang. Ni badrol btol2 tibe2 je. Dia ni under pas atau bersatu ko pon x pasti

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067611 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top