CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lando Tak Mengundi Kerana Parti GPS Tak Bertanding PRN

12-8-2023 07:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3907| Komen: 5

Pelakon yang juga bekas calon Parlimen Tanjung Karang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Lando Zawawi, 48, tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, kerana tiada calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding.


Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi berkata, dia kini memilih untuk mengundi GPS saja berikutan Kementerian Kerja Raya (KKR) yang mengurus portfolio berhubung keselamatan jalan raya dipimpin menteri dalam GPS iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


"Saya sekarang ini hanya menyokong GPS saja. Jadi, memandangkan tiada calon GPS yang bertanding di tempat saya sepatutnya mengundi iaitu Dun (Dewan Undangan Negeri) Paya Jaras, maka saya buat keputusan tidak keluar mengundi.

"Ditambah pula, saya hari ini juga ada pelbagai urusan penting keluarga yang harus diutamakan membuat saya tidak dapat meluangkan masa untuk keluar mengundi," katanya kepada Harian Metro.


Lando berkata, dia juga dalam perancangan berpindah ke Sarawak dalam setahun dua lagi.

Katanya, ketika ini dia masih dalam proses mencari kediaman sesuai untuk didiami di sana.

"Saya mungkin akan berpindah ke Sarawak selepas ini kerana ada urusan kerja di sana. Ditambah lagi, saya dapati banyak jalan di Sarawak memerlukan penambah baikan kerana sangat bahaya terutama jalan di kawasan kampung.

"Apapun, yang pasti buat masa ini seluruh jiwa raga saya akan menyokong GPS. Sebabnya, hanya GPS saja yang bertahun-tahun perjuangkan jalan raya di Malaysia ini.

"Macam saya katakan, sejak bertahun lalu dipimpin wakil dari GPS. Justeru, saya dapati masyarakat di Sarawak saja yang lebih memahami kepentingan mengenai jalanraya ini," katanya.

Menurut Lando, keselamatan jalan raya baginya sangat penting diberi perhatian dan lebih kesedaran daripada pelbagai pihak kerana berkaitan nyawa.

Katanya, masalah jalan rosak dan berlubang harus dibaiki segera demi keselamatan nyawa.

Ditanya juga sama ada dia bersedia menjadi ahli GPS, Lando berkata, ia bergantung kepada rezeki dan sekiranya mendapat peluang.

Baru-baru ini, Lando mendedahkan dia berhadapan masalah kewangan selepas PRU15 serta janji yang gagal dikotakan parti Pejuang diwakilinya hingga membuat dia tidak jadi bertanding pada PRN hari ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 12-8-2023 07:56 PM
Kenapa pulak GPS ada bertanding kat 6 negeri ni huhu
Quote acik79 13-8-2023 02:31 AM
Itulah hidup dia hanya fokus kat jalan raya… mmmm ntah la…
Quote snowflakes 13-8-2023 02:38 AM
Asal bahagia
Quote Perawankota 13-8-2023 05:57 AM
Saja je tu alasan dia tak nak mengundi. Simple.
Quote bedahmenjuyah 13-8-2023 06:16 AM
Undo kan rahsia. Saje la tu nak raih perhatian.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.037969 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top