CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tergamak Buat Cerita Konon Saya Bercinta Dengan Naqiu' - Nana

12-8-2023 07:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3848| Komen: 2

"Saya pun dapat kiriman tangkap layar daripada kawan-kawan yang prihatin dengan perkara ini. Saya cakap dengan mereka, tak baiklah pihak terbabit buat perkara ini.

"Kenapa yang buat berita macam itu? Tak bagus kerana boleh menimbulkan fitnah. Tergamak buat cerita konon saya bercinta dengan Naqiu. Dia kan suami orang."



Demikian luahan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengulas status satu di Facebook yang mendakwanya berkahwin dengan Naqiu juga vokalis kumpulan Boboy.

Siti Nordiana atau Nana berkata, dia menyedari page terbabit sebenarnya menjual produk. Tetapi mengada-adakan cerita artis untuk menarik perhatian ramai adalah cara yang salah.

"Tajuk itu memang buat ramai orang terkejut dan beri respon. Yang sebenarnya apabila saya tengok video, ia adalah babak lakonan saya dengan Naqiu dulu.

"Judul drama ini ialah Satukan Rasa. Memang dia sebagai suami saya dalam cerita ini. Tapi itu tahun 2019. Drama dah keluar pun. Bagi saya memang tak patutlah buat begitu.


"Ikutkan ada beberapa kali saya jadi mangsa perkara ini yang saya perasan. Tapi saya macam malas nak layan. Kali ini dah ada orang call bertanya. Bagi saya, ada pengalaman beberapa kali juga dan ia tak okey," katanya.


Menurutnya, paling dibimbangkan, orang hanya melihat tajuk dan mula menganggap bukan-bukan.

"Sebelum ini saya hanya buat-buat tak tahu sahaja. Macam benda begini tak berat sebab tiada yang bertanya. Saya anggap biasalah mereka hanya nak bergurau.

"Tapi apabila dah ada yang bertanya, saya kena beritahu apa yang saya rasa. Saya tak nak bertindak lebih keras dan buat masa ini hanya nak bagi amaran terlebih dahulu.

"Ini kira peringatan juga sebelum terjadi lebih teruk. Kalau boleh janganlah buat lagi. Saya takkan beri muka lagi untuk bertindak lebih keras selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan yang dibuat di media sosial terbabit mendapati pengendali atau pentadbir halaman terbabit sudah memadam artikel yang dikongsi sebelum ini.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 12-8-2023 07:50 PM
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5200324&extra=

dah ado
Quote jihah_kudat 12-8-2023 07:51 PM
boleh dikatakan hari2 aku bukak forum..tapi tak pernah nampak pun gosip ni..tiktok pun takde facebook pun tak so dimanakah gosip ini keluar..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.046232 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top