CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Meninggal Dunia, Tak Sempat Mengundi, Hanya Sempat Celup Jari

12-8-2023 04:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2637| Komen: 2

Tampin: Seorang warga emas wanita tidak sedarkan diri selepas mencelup jari dalam dakwat di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Difahamkan, mangsa yang berusia 83 tahun itu sempat dirawat, namun paras oksigennya menurun ketika di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kira-kira jam lebih 11 pagi tadi, polis menerima maklumat daripada Pembantu Kesihatan di KK Gemencheh memaklumkan seorang wanita disahkan meninggal dunia di klinik itu.

"Siasatan awal mendapati wanita hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama ahli keluarga. Ketika di saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, si mati tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ahli keluarga ke KK Gemencheh.


"Si mati sedar namun paras oksigen semakin menurun. Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan Pembantu Pegawai Perubatan namun tidak berjaya.

"Sebelum kejadian, wanita yang berumur 83 tahun itu dikatakan sering mengadu sakit kaki kepada ahli keluarga sejak pulang mengerjakan umrah.

"Ketika sampai di tempat mengundi, si mati dikatakan berjalan kaki dari kereta ke saluran satu. Rekod perubatan mengesahkan wanita ini adalah pesakit darah tinggi," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 12-8-2023 05:31 PM
Al fatihah...semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman...takziah buat keluarga arwah.
Quote _blackbird 12-8-2023 06:32 PM
ermm dakwat celup kena reman tak rasa2nya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081009 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top